Pasal Pelaburan
Posted by Fuad on June 23rd, 2008 filed in Saja2
Salam pertemuan,
Hehe.. long time no see to my blog. Dah sebulan lebih kat Melaka ni. Apakata crita pasal investment saya lah untuk entry kali ni. Kalo ada apa2 suggestion nk perbaikkan investment saya ni, amat2 lah dialu-alukan. Jom..
Servis Apartment
Kita mulakan dengan worst investment duluk. Servis Apartment kat Mantin, Namanya Sri Jasmin. Alhamdulillah sekrang dah kurang sket dia punya kesengsaraan. Kalo dulu, bulan2 dah la kena bayar sampai RM950 pastu campur lagi service charge tiap2 bulan campur lagi cukai pintu 2 tahun sekali. Pulangan = RM0. Memang cashflow negatif tak ingat. Walaupon masa beli tu zero downpayment, dah 3 tahun lebih negative cashflow memang keputusan pelaburan yang silap.
Alhamdulliah aritu ada gak company yang sewa rumah tu untuk pekerja2 derang dari Indon. Dapat jugak RM400 sebulan. Walaupon still byk lagi negatif cashflow at least kurang sket. Pada sapa2 yang senasib dengan saya aritu, apakata korang pegi jeguk2 rumah korang kat situ sekrang. Masa saya pegi tgk rumah aritu, abes paip besi kena curik kat dalam rumah. Meter air kat luar rumah konfemla lesap sekali. Abes lagi RM nak repair rumah tu. Apapon still consider improvement utk pelaburan ni.
ASB
Yang ni takda komen sangat la. Semua orang tau kot.
Bank Persatuan
Yang ni dah lama dah saya usha. Masa saya dok kerja kat Penang lagi dah tergerak nk invest. Track record dia memang meberangsangkan la jugak. Tahun lepas dengarnya mencecah sampai 17%. Harap2 tahun ni makin canteek la. Insya Allah.
Bagi orang yang banyak duit, pelaburan maksimum ialah RM15000 sahaja untuk seorang.
Rujukan: http://www.bankpstn.com.my/
Emas
Ini yang latest dan paling best. Sebenarnya sebelum ni saya dok usha satu peluang offer by Country Height Grower Scheme. Syok gak la dia punya return tu, 8% guarantee sementara pokok kelapa sawit tu besar. Dah keluar hasil nnti boleh mencecah sehingga 17% setahun. Pastu bila maturity dah smpi (selepas 20 tahun) akan dibayar harga tanah masa tu (dapat untung atas appreciation harga tanah).
Rujukan : http://www.chgs.com.my/
Tapi masalah besar nya liquidity. Maklumlah nk invest duit simpanan untuk kawin ni kena senang nk cairkan.
Masa dok baca buku Increase Your Financial IQ dulu Robert dok crita yang hobi dia sekrang dok main Gold ETF. Itu yang saya sambil2 buat study pasal pelaburan dalam emas.
Tup2 saya jumpa pelaburan dalam emas yang memang best, Bukan saja return of investment dia melebihi 30% setahun, potensi untuk emas appreciate in value tinggi, liquidity dia within 6 bulan dan unlimited amout of investment (buat masa ni) dan harga emas tgh drop skit sekarang.
Saya tengah dok berusaha nk keluarkan duit KWSP konon2 nk bayar rumah, tapi sebenarnya nk beli emas lagi. Hehe.
Kalo skim ni berpanjangan, dengan adanya 1kg emas saya dah mencapai financial freedom.
Buat mereka yang berminat boleh download laporan yang saya tulih cincai2 ni:
http://emas.almaribuku.com/LaporanPelaburanEmas.pdf
Atau ke:
Abes pasal investment (mostly yang conservative), kalo nk bagi cadangan atau come across peluang pelaburan yang best2 lagi, amat2 lah dialu-alukan dikhabarkan.
Pasal business, tgh outstation lagik.
Harap dapat start gerak gempur pasal malam next 2 weeks. Silalah singgah nanti ya…
Pasal paper asset plak, dah lama saya tak main saham. Pada pengunjung blog saya yang main saham tu mintak maap la banyak2. Memang dah tak terupdate. Forex pon main saja2 jek. Nak belajar. Syok main pair GPBJPY sekarang ni. Salah satu blog yang akan saya tengok dulu sebelum buat order, http://jebatfx.blogspot.com/ Thanks bro Jebat.
Pasal buku, yang paling latest saya habiskan dua buku pasal real estate
- Bagaimana Memperolehi RM30 000 Dalam Masa 30 Hari Melalui Hartanah Lelong karangan Ahmad Tarmizi Jusoh.
- Juara Lelongan Hartanah karangan Azizi Ali.

Ni sejak ada orang sewa rumah pastu syok dok dengan urusan repair rumah ni, timbul balik minat nk belajar pasal rumah lelong ni. Hehe. Pssst.. Saya ada tanya kat Mantin tu, dah ada apartment di lelong dgn harga reserve RM89,000.00. Harga saya beli apartment tu dgn developer RM149,000.00.
Sekarang tgh abeskan buku The Enlightened Entrepreneur karya Grace Bulger. Nnti ah kita borak pasal buku dalm entry lain.
Oret..dah berjela dah. Inilah sysmtom biasa ble lama tak tulih blog. See you around pren… Salam.
-Fuad-
4 Comments »
Gerak Gempur Pasar Malam
Posted by Fuad on June 2nd, 2008 filed in Buku Kewangan, Saja2, Ulasan Buku
Mood = Tertekan. Punca = Stok lama tak terjual. Sejak balik labuan haritu saya terus kena pegi Melaka. Ntah sampai bila x tahu. Mungkin 2 minggu lagi. Natijahnya, dah beberapa minggu perniagaan Little Trees tak berjalan. Adeii.. Azam saya abes je outstation kali ni nak buat gerak gempur penghabisan stok. Target market ialah Pasar Malam. Maka saya dengan ini menyeru para sahabat yang tinggal di sekitar Selangor atau lebih spesifiknya Shah Alam dapat membantu saya menyediakan maklumat tentang Pasar Malam yang best dekat tempat korang. Hadiahnya*(rujuk nota kaki untuk terma dan syarat) ialah sekeping little tree yang anda sukai.
Latest buku yang saya dok godek2 semenjak dua menjak ni ialah Weekend Millionaire Mindset karya Mike Summey & Roger Dawson ngan Train Your Brain karya Dr. Ryuta Kawashima. Yang menarik pasal buku Train Your Brain ni ialah kajian penulisnya menunjukkan senaman paling best utk otak ialah membuat latihan matematik yang mudah dengan cepat. Dan keduanya ialah membaca dengan suara yang kuat. Haha. Itu yang lawak tu. Sejak dua menjak ni saya jadik macam budak tadika belajar bahasa Inggeris. Baca buku kuat2 macam belajar mengeja. Kene sediakan air mineral satu botol besar. Mau taknya, kering tekak wa cakap lu..


Sedihnya time nak datang site aritu tertinggal plak buku tu. Dalam buku tu disediakan aktiviti selama 60 hari untuk menambahkan kecerdasan otak samaada dari segi kuatkan ingatan, kreativiti, mahupon kecekapan berfikir.
Buku Weekend Millionaires Mindset adalah buku yang terbaik penah saya baca mendefinasikan pasal financial freedom. Serius. Memang tak tipu. Even penulis yang saya minati Robert Kiyosaki pon tak definasikan financial freedom se’best’ penulis buku ni. Saya amat rekemen buku ni, bak kata orang kelantan ‘berani tepek jari’. Mungkin sebab utama fokusnya ialah mencapai financial freedom melalui part time. Well.. you got to read it in order to judge it. Mark my word.. the insight is soooooo much valuable.
*Terma dan Syarat Kempen Gerak Gempur Pasar Malam
Sebaik sahaja penjualan pertama little tree di tempat yang dicadangkan berjaya, pencadang dengan automatiknya layak untuk mendapatkan hadiah. Hadiah tersebut mestilah diambil dari pihak menganjur dari tapak pasar malam yang dicadangkan. Panghataran melalui pos tidak akan dilayan. Pengambilan melalui wakil juga tidak dilayan….. kecuali wakil tu cun
-Fuad-
8 Comments »
Baru Balik
Posted by Fuad on May 19th, 2008 filed in Saja2
Baru balik dari Labuan. Seminggu lebih lepak sana. Erk..lepak ke. Keje2. Saya ter’miss’ event2 penting, Kenduri kawen Pakdi. Sorry bro. Tak dapat nak hadir. Dan jugak takhziah atas kepulangan ibu yang tercinta. Semoga ruh arwah diberkati Allah tanpa henti sehingga hari ketentuan.
Takda benda yang menarik sangat seminggu di Labuan, biasaklah pegi keje bukan makan angin. Time2 kemaruk nk berenang, maklumlah jarang jumpa swimming pool. Cuma time malam2 tu ada la jugak aktiviti jalan2 carik makan. Siap ada satu kedai ni tak kasik datang. Masa member saya call nak buat tempahan dia siap cakap, “Ketam sudah habis bah. Tiada sudah”. Tup2 terpaksa esoknya pegi kedai tu semata2 nk booking utk malam yang berikutnya. Femes betol kedai tuh. Namanya Anjong Ketam, tapi dah silap musim, musim sekarang ketam kecik. Tak berbaloi sangatlah layan ketam time ribut2 nih.
Seminggu ni.. berjaya abes kan buku Increase Your Financial IQ by Robert Kiyosaki ngan buku Susu Kambing oleh Dwi Susanto, Budiana dan Mohd Faizal (time nunggu belon sampai). Dan berjaya naikkan watak dalam World of Warcraft ke level 40. Hahak. Itupon hasil desakan seorang player dari US. Dia online jek musti whisper “Dude.. What are doing.? What happen to ur level?” Ampeh sungguh. Terasa pressure plak nak naikkan level. Pasni nk tukar watak pulak la. Nk main paladin lak. Sape nk team ngan aku?
Oh dan semalam saya menghabiskan masa dengan buku Kawin-kawin karya Azizi Abdullah. Terkekek-kekek baca buku tu. Memang tak leh tahan. Gelakk je memanjang. Adeiii..musti adik saya pelik apekehal abang aku ni, baca novel macam baca majalah lawak. Tapi memang lawak tak ingat. Jauh bebenor beza dengan buku Imam. Dua2 buku tu hasil hadiah seseorang yang sama. Mekasih pada seseorang itu. Cuma hajat dihati nk tengok seseorang yang lain tak tercapai jek semalam. Huhu.
Yang menarik saya terpikir tentang kehidupan watak utama novel tu, Malang namanya. Jeles betul sebab dia boleh buat apa yang dia suka. 24 jam masa sehari2 itu adalah milik dia. Dia nk pegi kuliah setiap waktu solat ke. Nak abeskan masa salin kitab Al-Quran ke. Dia boleh buat dengan tenang. Saya agak dalam cerita tu memang rata-rata wataknya mempunyai gaya hidup yang best iaitu tak perlu kerja sangat. Masalah duit takdek. Kebanyakkan dah mencapai financial freedom.
Pasal financial freedom nih, saya nk share idea2 part time job yang agak menarik. Tapi next entry la kot. Nak sambung kemas barang nk pindah rumah nih.
Salam..
9 Comments »
Mana Logiknya
Posted by Fuad on May 2nd, 2008 filed in Saja2
Saya telah disuruh menjadik trainer. Huh. Walaupon rasa lagik best kalo dapat wat projek kat Bintulu, tapi kerana arahan bos terpaksalah pasrah..
Maklumlah saya ni perkerja yang taat dan baik saya menurut segala perintah bos tanpa soal jawab walaupon ia membuatkan saya bertambah sibuk. Lagipon elaun trainer boleh tahan gak. Pasrah… Mata duitan…
Nk share, semalam saya pegi kat Summit nak layan Iron Man. Pastu ternampak sesuatu yang menarik. Popular kat Summit tengah wat jualan murah sampai 90%. Bayangkan, saya beli 4 bijik buku harganya RM8.20 sahaja. Kebanykkan orang lain shopping buku pakai bakul tuuuu. Rasa macam sikit sangat plak beli 4 bijik jek.
Berbalik pada tajuk entry. Kali ni nak bagi pendekatan yang berbeza dan mungkin jugak agak kontraversi dan mengundang bantahan2.
Adakah hukum alam ini mengikut logik.?
(Erk..tetiba rasa macam tak dek modal plak nk borak pasal tajuk ni. Rasanya aritu sembang sket punyer kaw kat kedai kopi)
Berfikir selama 15 minit……
Memang dah lupa la isi2 penting dia. Senang ceritanya, kadang2 kita tertanya2. Kenapa jadi camni, sepatutnya kalo dah buat semua ni.. patut jadik camni. Kenapa? Kenapaaa? Kenapaaaaaaa?
Cerita seorang kawan:
Masa time world cup dulu kawan aku buat ramalan. Masa tu kebanyakkan orang cakap Brazil team yang paling strong. Itali plak ada banyak masalah time tu, kes rasuah la macam2. Kata seorang kawan yang membuat kajian, sepanjang sejarah world cup, team yang bermasalah akan menang. Kalo di mintak buat ramalan, adakah kita akan buat berdasarkan history atau logic?
Cerita tamat..
Aritu saya telah mendapat satu fakta yang telah menafikan pemahaman saya sendiri. Sebelum nak bagitau fakta tu nk tanya dulu.
Kalo anak kembar. Yang kuar mula2 sekali dari rahim ibu tu adik ke abang?
Sebelum ni mati2 saya katakan yang kuar dulu tu la abang. Yang kuar lambat tu adik. Yela kan. Logik la..Sape yang kuar dulu dia abang. Logik beb. Logik. Tapi kata Ayah saya, yang kuar dulu tu adik. Bertapa ceteknya pengetahuan saya ni.
Rupa2nya hanya saya je yang tak tahu yang kuar dulu tu adalah adik. Rata2 orang kampung memang rujukannya yang kuar dulu tu adalah adik. Biasanya yang adik ni garang sikit orangnya (kata orang tua2 lah).
Kisah asal nya masa Nabi Yaakob nak kuar dari rahim ibunya dulu, adik kembarnya buat ugutan. Kalo ko kuar dulu, aku akan pecahkan perut ibu. Maka, Nabi Yaakob pon bagilah adiknya kuar dulu. Sebab itulah orang tua2 memegang petua kalo anak kembar, yang keluar dulu itu adalah adik.
Saya buat rujukan sket pasal adik kembar Nabi Yaa’kob ni. Nama dia ‘Aishu. Perangai dia memang jahat. Sampaikan ayahnya Nabi Ishak pon tak mampu nk buat apa2.
Abes crita pasal adik kembar. See.. Sometimes, to question the logic is a wise move.
Lepas sidang kedai kopi dengan member tu, dia cerita lepas tu bila apa2 yang terjadi tak seperti dijangka kan dia akan teringat ayat2 saya…Life doesn’t follow logic.. dia akan rasa kurang tertekan. Hehe. Tak sangka borak2 kat kedai kopi pon kadang2 meberi kesan dalam hidup seseorang.
Dengan bahasa mudah..percayalah pada qadak dan qadar. Tapi ianya bukanlah alasan untuk tidak berusaha sesempurna mungkin.
-Fuad-
7 Comments »
Masuk Paper
Posted by Fuad on April 21st, 2008 filed in Saja2
Gambar kat atas ni saya scan dari kolum kartun The Star semalam (20 April 2008). Pagi2 sampai jek kat opis terus scan. Nak wat survey sket, korang faham tak apa yang kartun tu cuba sampaikan?
Pendapat saya rata2 rakyat Mesia tak faham kot lawak kartun tu. Pendapat saya lah (mungkin saya salah), sebab rasanya produk Little Tree tak femes lagi kat Mesia. Kalo kat US orang dah tau yang pokok2 kecik tu adalah pewangi kereta. Sebab skunk tu busuk jadik derang taruk little tree banyak2.
Excited gak saya ble little tree masuk paper The Star tapi bukan iklan lah. Hehe. So, sape2 ada ternak skunk yang bleh drive kete dan perlukan Little Trees bleh kontek saya.
Last week gua outstation lagik, tak terhupdet blog. Weekend sebelum tu balik kampung menyambut hari jadi anak buah yang ke-0. Namanya Abid Baihaki (ye kot eja camtu). Lebih kurang maksudnya Ahli Ibadah Dengan Kebenaran. Nasib baek wat balik Little Tree. Tak sangka adik-adik saya tu ada bakat jadik salesboy and salesgirl. Saya bagi komisen untuk setiap jualan, and guess what, setiap orang yang datang melawat baby beli sorang satu. Saya dok jual kat pasar pagi pon tak dapat jual macam derang. I think having a cute face does help sell your product.
Saya jugak telah menambah 2 lagik buku dalam rak buku saya:
1) Aku Tak Nak Miskin - Dato’ Dr. Rusly Abdullah (Chef Li)

2) Increase Your Financial IQ - Robert T. Kiyosaki
![]()
Dua pengarang feveret saya. Dah lama rasanya tak wat review. Hurmm..
-Fuad-
9 Comments »
Little Trees & Little Baby
Posted by Fuad on April 7th, 2008 filed in Saja2
Tanggal 5 April 2008, Pukul 11 malam dgn rasmi nya saya bergelar Pakcik. Nak soh dia panggil Ayah Chik lah. Macam best je bunyi nya. Haha. Yup. Anak buah saya yang pertama merangkap cucu Mak Ayah yang pertama seberat 3.6 kg telah selamat dilahirkan.
What a good week. Alhamdulillah.
Semalam gak hari pertama saya memulakan aktiviti yang dah lama saya tinggalkan dan amat merindui. Menjual di gerai. Kalo dulu jual kat pasar malam, kali ni kat pasar pagi plak.
Start kat Pasar Tani di Stadium Shah Alam. Produk yang dijual ialah Little Trees. Gambar pokok-pokok cute kat sebelah tu antara contoh2 latest cool trend untuk gantung kat dalam kete. Memberikan bau wangi semerbak dan segar serta nampak cool & cute ble digantung dalam kete. Heheh. Ayat promosi tuh.
Untuk rujukan website rasmi (original manufacturer) leh rujuk kat sini: www.little-trees.com
Saya pon dalam proses nk buat website bagi tujuan promosi jualan secara online. Harap2 dapat siap sebelum Mei nnti.
Iklan sket: Sape2 yang berminat leh la ziarah gerai tapak 502 di Pasar Tani dekat Stadium Shah Alam.
Insya Allah pasni nk berniaga byk tempat lagik. Oh ya. Next week tak berniaga sebab nk balik kampung menjenguk little baby. Uh..I’m excited.
Lagi berita baik. OD RHB saya telah diluluskan. Praise to Allah. I realize something, kita kena carik banker yang betul2 nk tolong kita baru senang nk apply apa2. Sebagai ucapan terima kasih saya kat banker tu, saya dh mempertimbangkan untuk refinance segala loan saya ngan dia. Saya rasa ramai orang diluar sana yang ada masalah nk wat OD. If you guys intrested, I can help to introduce with this good banker. Just drop me a call or contact me.
-Fuad-
9 Comments »
Macam-Macam Hal
Posted by Fuad on April 3rd, 2008 filed in Saja2
Hal Pegi Penang
Last skali lepas last entry, lepak Penang. Adik saya bersama bakal anak buah saya yang bakal lahir 19hb ni naik ambik skrol di USM. Ekceli. I have one important mission for myself (personal one), but the mission was failed. Huhu. Soooo sad
Hal Pegi Tganu
Balik jek dari Penang, teros pegi Paka, Tganu. Ada trening seminggu. Tukang ngajar nya seorang doktor… Dari UK. Petikan dialog.
**Selepas doktor membentangkan satu penemuan terbaru**
Member: Then you can teach us this new technology.
Tuan Doktor: Are you qualified?
Member: (Sengih) You tell me then. What is the qualification?
Tuan Doktor: At least a PHD holder. 4 years field experience.
Kami semua mengangguk. Dunia sekarang dah semakin tak memandang kalo setakat ada ijazah jek. Jadik, kena target ambik highest ‘formal’ education. Kalo nk people recognition and self statisfaction for some people. Rasanya informal education is some how far more useful in our daily live. Don’t you agree?
Dalam persepsi lain plak.
Saya: Bos.. I want to learn about APC (Advance Process Control)
Bos: You know what. I don’t want to say no. But then, I think APC is too advance for electrical or electronic background engineer. It is too much involve process. I think it is better for chemical egineering background.
Saya: Angguk gaya tak puas hati. (Dalam hati… ‘Okla okla. Kalo berani letak la sorang chemical engineer ko ngan aku. Pastu bagi exposer yang sama. Tengok sapa leh deliver dulu.’)
No offense to chemical engineer or who so ever. For me, first criteria to learn are not your background, but high interest and motivation. Kalo letak orang yang ada background pon tapi tak berminat mendalami ilmu, it is still pointless. Hurm… Sometimes it is really frustration when we really want to learn, learn, learn but somebody just step ahead and block. “You are not going to make it. So better be specialize, don’t learn everything”
Huh..
Hal Pegi Perak
Balik jek dari Tganu. Pegi Perak plak. Pegi Sungai Klah. Best jugak mandi air panas sungai Klah ni. Amat disyorkan untuk pegi. Rasa ringan jek badan lepas berendam.
Tips: Untuk kemujaraban yang lebih, sampai jek kat kolam tu teros jek terjun. Wat back flip lagi bagus..
Hal Balik Selangor
Nenek saya yang kena strok datang lepak kat sini. Pegi ziarah dia. Lawak jugak ble dengar cerita dia pasal dia melawat cicit dia kat KL.
Nabil, anak sepupu saya ni cita2 dia nk jadik doctor. Walau umur baru 5 tahun tapi memang nampak interest dalam medical. Ble dia tgk Che’ (moyang dia) tak leh gerak separuh badan (kena strok), maka dengan penuh perasaan ingin tahu, didekatilah Che’.
Cicit: Why you can’t move your hand. (Sambil picit2, angkat2. pusing2 tangan yang takleh gerak)
Moyang: Che’ tok reti la gapo Nabil royak. (Sambil gelak).
Lucu pon ada tapi bila dah excited nk ngajar anak cakap omputih sampai cakap Melayu pon tak pandai. Kadang2 macam sesuatu yang kurang disitu. Yelah, moyang nak cakap ngan cicit pon dah macam ayam cakap ngan itik.
Ntahla, saya tak berani nk komen pasal mendidik anak ni. Maklumlah saya takde anak lagik. Tapi sebagai pandangan seorang anak, saya hepi dengan didikan ibu bapa saya walau derang tak latih saya cakap omputih dari kecik. Tapi saya akan rasa terkilan jika derang tak ajar ilmu agama pada saya dari kecik. Bila sekarang ni baru nyesal, asal la degil sangat masa kecik dulu bila Mak soh pegi ngaji, solat awal waktu, pegi surau, masuk sekolah agama.
Hal dah abes.
Uh..Terpanjang lak entry hari ni. Tertanya2 gak pasal ATIC aritu. Ada orang nk share ke apa yang derang dapat aritu.
Ble dok layan you-tube Fitna tu, tertarik pasal yang budak comel yang diinterbiu. Memang comel sgt. Basmallah yang berumur 3 tahun setengah. Memang respek budak kecik tu. Betul la yang adik comel tu cakap. Tak nak ngaku plak. Blah la weii.. Apapon best jugak cadangan memulaukan tuh. Jom2..
-Fuad-
3 Comments »
Borak Kena Kencang
Posted by Fuad on March 19th, 2008 filed in Saja2
Intro Mula Disini
*********************************************
Ini adalah intro, baca hanya dan hanya jika rajin. Isi paling penting letak dibawah titik-titik yang berikutnya.
Lebih kurangnya perihal apa lagi penting dari yang dirasakan penting. Kisahnya bile seorang member dok borak huha huha pasal DEB, pasal ekonomi orang melayu, pasal system kapitalis versus sosialis dan bla bla seperti biasa. Bak kata orang..borak mesti kencang.
Maka tertanyalah saya ”Jadi, apa usaha ko nk jadik lagi kaya. Dari cara ko ckp mcm ko menyokong pendekatan kapitalis.”
Jawapan yang simple “Oh. Aku dah bersyukur dgn apa yang aku ada sekarang. Tak yah nk susah2 lagi.”
Saya “Cool. Respect la orang cam ko. Aku rasa aku dah dapat jawapan pada hampir semua persoalan ko tadi.”
Teringatlah jugak saya akan keluhan seorang kawan bila kisah syiar versus pengisian. Buat masjid besar2. Bagus.. lebarkan syiar. Tapi isi..tadak. Buat universiti cun2, hantar orang sampai pegi angkasa kononnya nk tunjuk (syiar) orang kita sukakan ilmu tapi budaya ilmu? Tadak. Ops..kasar sgt kot. Bukan tadak tapi kurengg..
Kadang2 dok cakap2 besar ni boleh buat orang nyampah. Jika kita rasa kita nk bangsa dan agama kita maju ekonomi, apa kata kita usaha dulu. Jika kita nk ‘orang kita’ pandai2, apa kata kita budayakan ilmu tu dulu. Jika kita nk masyarakat kita ujudnya biah solehah, seharusnya kita wujudkan ‘usrah2’ yang canteekk dulu.
****************************************
Intro Abes Disini
Abes intro ntah apa ap ntah. Tujuan utamanya nk ajak korang2 sume pakat2 pegi menimba ilmu berkaitan meningkatkan ekonomi diri sendiri. Yup..diri sendirik. Bukan untuk orang lain. Dan bagi mereka yang rasa dah bersyukur dgn apa yang ada tapi still borak kaw kaw pasal bertapa teruknya orang melayu dalam ekonomi. Apa kata pegi jugak convention ni, bila dah terer leh ajar kat orang laen walau tak nk amalkan. Ok apa.
<<Klik Untuk Besarkan>>
Ruginya saya tak dapat pegi tahun ni. Kena pegi majlis konvokensyen adik saya kat USM Penang (20 - 23 Mac). Itu yang dok urge sgt korang pegi nih. Heheh. Tahun lepas bangsa Cina menang dengan bergaya bukan setakat 2/3 , rsanya lebiih ¾ dari keseluruhan yang dtg. Then you still asking why malay economy is still not good? Maan.. be realistic. Jom kurangkan majoriti derang tahun ni..
Personal Note: The idea of waiting for something to happen with do nothing about it and yet feel exciting is sort of tuning my brain control function by set P (stand for Proportional variable in PID tuning) value to be a massive number approaching infinity. I do feel excited about this incoming weekend even though based on past experience it is most likely will end up with frustration. But yet, it had been long time already. Uh.. U don’t understand? No worries. So do I. According to KISS standard (Keep It Simple Stupid), it is about nothing actually. Just a girl. Hehe.
Nota Tambahan: Ayah saya baru bagitau, Tok Guru Haji Lah (Tok Guru Pondok Lubok Tapah) baru meninggal pagi tadi. Sesungguhnya dunia ilmuan Islam khususnya di tanah air sekali lagi mengalami kehilangan besar. Tok Guru Haji Lah ni antara ulamak yang saya saksikan karamahnya tatkala masih hidup lagi. Al-Fatihah.
8 Comments »
Perginya Seorang Wanita
Posted by Fuad on March 16th, 2008 filed in Saja2
Hari Satu:
Saya: Bro…bagi aku nombor Ain.
Dia: Ko nak wat apa? Aku dah delete la dude.
Saya: Ek elee. Takkan clash teros delete number kot. Tapi ko ingat kan?
Dia: Yela2. Aku ingat. 01X-XXXXXXX
Saya: (Sambil save nombor). Aku nk tanya dia pasal sewa tapak kat uptown tu. Aku nk riki2 kot2 leh berniaga kat situ. Lek aa bro. Orang macam ko senang jek carik pengganti.
Hari Dua:
Dia: Dude. Ko nak pegi site tak?
Saya: Tak nak.
Dia: (Senyap. Buat muka semacam)
Saya: Asal dude? Aku bukan apa. Malas aa pegi Melaka lagi. Pegi kejap2 plak tu.
Dia: Aku nk kena pegi standby. Ada shutdown system malam ni. Tapi mak aku tgh sakit. Aku ingat nk tengok2 dia.
Saya: Urm. Apa kata ko tanya si Hisham tu dulu. Kalo dia tak nk baru aku pegi. (Pusing ngadap Hisham). Dude, ko nak duit lebih kan. Ni ada can nk pegi site.
Hisham: Kalo sorang tak nak. Takut la aku.
Saya: Okla. Okla. Aku pegi. Just bagitau apa aku nk kena buat.
Hari Tiga (Perbualan dalam talian):
Saya: Weh. Ko tau katne kunci cabin tak? Aku nak kena bukak dulu kot2 Pak Guard nk inspect.
Dia: Tak taula. Ko pecahkan jela lock tu. (Suara semacam)
Saya: Yela2. Leceh jugak nih.
Dia: Eh. Aku nk bagitau. Mak aku dah tak de.
Saya. Urmm.. Sorry la bro.
Indahnya cinta seorang wanita itu letaknya pada kasih sayang yang abadi
5 Comments »
Nilai Ilmu Percuma
Posted by Fuad on March 2nd, 2008 filed in Saja2
Sebelum ni saya ada cerita pasal seminar hartanah anjuran Saifulsham kat Kota Bharu aritu. Sedihnya kehadiran hari tu sangat tidak memberangsangkan. Apatah lagi jika ditimbal balik dgn ilmu yang nk disampaikan. Memang tak logik langsung seminar sebegini tak menarik ramai orang. Saya quote apa yang Syazwan cakap kat abahnya “Sebab free ni Abah.” Itulah sentimen yang amat pelik pada saya, jika ilmu tu diberikan percuma, walaupon nilai ilmu tu teramatlah tinggi, orang takkan beri keutamaan sebab nothing to loose. Psycology manusia ni lebih takut rugi berbanding nk untung. Agaknya kot. Kalo orang yang invest kat paper aset musti al-maklum sgt ngan psycology ni. Kalo dah start rugi..dia tunggu jugak sampai price naik balik, janji untung je. Last2..margin call. Heh. Biasak la tu kan.
Arini tak nk borak pasal psycology tapi nilai ilmu yang diberikan percuma. Semalam saya melawat seorang sahabat bertemu dengan Abahnya, tujuan utamanya nk mintak tolong pasal OD. First impression bila masuk je rumah dia, rak buku buku dia 2 kali ganda besar dari rak buku saya dan penuh ngan buku. Cool. My kind of books.
Best part is soalan pertama dia tanya, nk buat apa OD ni? Maka saya pon ceritalah segala plan2 saya kat En. Azizan nih. Lepas explain segala criteria yang perlu untuk luluskan OD dia bagi lak cadangan camna saya nk achieve all my objectives based on the financial instrument. Cuba bayangkan kalo soalan pertama dia, cukup syarat ke awak nk apply OD ni? Maka end result dia, saya akan buat OD tu based on plan saya yang asal. Masa tu saya tak sedar loop holes dalam plan saya tu.
Hardcore point saya, always back to objectives. Seseorang yang berpengalaman boleh bagi advice untuk achieve kita punya objektif berbanding untuk achieve kita punyer plan. That is my mistakes yang saya buat semalam. Saya yakin plan saya perfect. Jadik , saya pegi nk mintak tulun untuk buat plan saya berjaya, bukan nk mintak tulun objektif saya berjaya. Luckily saya jumpa seseorang yang berpengalaman dan of course willing to guide budak baru belajar macam saya. Just snapshot of important point yang saya belajar semalam:
- Never buy properties from developers. You will get price above market value.
- Never use loan for your first business
- Please avoid partners in small business, unless it is really really really necessary.
- Networking, networking, networking
- Information, information, information.
- Business is not easy. But the words is not enough to stop you from doing it.
- Percaya pada rezeki dan usaha.
Itu ringkasan jela. Perkongsian pengalaman pon banyak di cerita. Panjang sgt plak kalo saya nk taip semuanya. Saya ambik satu kisah benar yang saya rasa sgt best. Seorang peniaga, dia hanya beroperasi selepas pukul 9 mlm. Target customer dia adalah middle east tourist. Tahukah korang pak arab ngan mak arab ni majoritinya keluar malam. Mungkin kat tempat derang panas, siang hari dok berhibernisasi, malam baru keluar. Time tu kebanyakkan kedai dah tutup. Orang2 DBKL pon dah balik rumah, potensi nk kena rush tu amatlah kecil. Opppss.. Ini bukanlah nasihat anda berniaga tanpa lesen ye. Heheh. So bolehla dia main harga sket ngn toirist yang byk duit ni. Sound like perfect plan uh.
“All your need is information which others don’t know” - En. Azizan b. Mahmud, Vice President Consumer Banking Division.
Walk away message: Ilmu percuma ni nilainya tak terhingga kerana dia datang bersama keikhlasan penyampai dan niat baik untuk melihat kejayaan orang yang menerima.
-Fuad-
Nota Penghargaan: Terima kasih tak terhingga buat Azreen atas appointment tu. It was such a great time and I don’t think I can repay you in any kind of ways for that. Thanks again.