Betulkan Realiti Anda
Posted by Fuad on August 28th, 2006 filed in Perkongsian Pengalaman
Salam pertemuan semua,
Dah dua hari tak update blog. Saya baru je balik dari Tronoh semalam. Dekat kilometer 176.3 highway PLUS, sempat jugak trigger SOS. Nasib baik dengan ketereran saya, kereta Kadett tahun 1979 itu dapat bergerak semula dengan jayanya. Heheh..
Panggilan kecemasan dibatalkan tanpa menyusahkan sesiapa. Apapun terima kasih kepada brader yang jaga panggilan kecemasan lebuhraya PLUS. Anda adalah penyelamat pengguna lebuhraya yang bermasalah..
Hari ini saya nak bercakap menulis pasal alam realiti vs alam maya. Semasa menghadiri kursus keusahawanan Dr. Azimuth, saya tertarik dengan satu latihan ringkas yang mengubah persepsi saya pasal dua alam tersebut. Apa kata sama2 kita buat latihan ringkas tersebut dan lepas tu kita bincang pengajarannya.
Fuad: Tajuk post kali ni tiada kaitan dengan sebarang realiti show. Harap Maklum.
Sekarang… pejamkan mata anda (make sure anda baca sume dulu baru start buat, sebab bile dah pejam mata camne nak baca instruction, lagi bagus kalo ada orang yang bacakan utk anda) Cuba bertenang.. bernafas dengan perlahan.. Bayangkan… (Nota kepada orang yang tulun bacakan..sila baca dengan perlahan dan penuh nada romentik..)
Di depan anda terdapat satu bongkah ais yang sgt sejuk dan keras. Cuba pegang bongkah ais tersebut. Tangan anda terasa sgt sejuk. Cuba rapat kan kedua-dua tangan anda. Gunakan seluruh tenaga anda.. rapatkan tangan anda.. Dapatkah anda pecahkan ais yang keras dan sejuk tu?Â
Sekarang.. bayangkan tapak tangan anda mengeluarkan haba yang panas. Anda rasakan kepanasan tersebut semakin menigkat dan meleburkan ais didalam pegangan anda. Ais mula cair. Cuba rapatkan kedua2 tangan anda.
Ok.. Latihan tamat.. Bagaimana? Apa yang anda belajar dari latihan tersebut? Bahagian pertama, walaupun anda berusaha bersungguh2 dengan sepenuh tenaga, anda masih gagal merapatkan tangan anda (kalo dpt jugak ni mesti main tipu nih). Hakikatnya, ais yang keras itu hanyalah bayangan anda.
Kesimpulannya:
- Kita mudah membayangkan jalan menuju kejayaan itu dalam bentuk yang negatif. Cthnya: Buat business ni susah, Bukan senang nak kaya, Melabur ni risiko tinggi dan sebagainya.
- Sebenarnya kita telah meletakkan satu rintangan yang besar dalam usaha kita untuk berjaya. Selagi kita tak hancurkan rintangan maya tersebut, walau sekeras mana kita berusaha memang entah bila kita akan berjaya.
- Apa yang perlu dilakukan, betulkan realiti kita lepas tu berusahalah sebaik mungkin. Anda pastu terkejut sebenarnya sebahagian besar rintangan adalah berbentuk maya, rintangan sebenar tidaklah seteruk mana. Anda telah menjimatkan banyak tenaga dan usaha anda hanya dengan membetulkan realiti anda.
Harap perkongsian ini bermanfaat. Sehingga berjumpa lagi. Selamat datang ke realiti sebenar.
-Fuad-
August 28th, 2006 at 10:25 am
aduhhh…fuad! hhehehheh lama aku tunggu posting ko. kene bace ngan romantik ke? hhahhahahahahahah.
August 28th, 2006 at 11:10 am
Heheh.. baru sampai Penang.. Susah betul nk carik CC kat tronoh.. Huhu.. Ilmu die kene baca ngan romentik.. Baru ada feel orang kate.. Keh keh..
August 28th, 2006 at 1:07 pm
amboi….baca ngan romantik baru ada feel ek…ahaksss….saya kalau baca ngan romantik ni alamatlah tertidur…huhuhu…
huhuhu saya bukan agen takaful la…yang saya attach kat bro fuad tu part of my reserch ppr mase sem I…ahakss…tapi penting apa kalau ada insurans [better takafullah, nak selamat dunia akhirat la katakan…], rugi kalau tak beli…kita bukan tahu pun risiko masa depan…betul tak…saja nak sedarkan orang melayu supaya beli insurans sbb orang melayu ni la glgn paling sikit ada insurans…ahaksss…
nota budak sekolah: sory coment panjang sangat
August 28th, 2006 at 3:11 pm
nasib baik demo ok fuad, samapi jgk penang. mlm ni niaga tak?
August 28th, 2006 at 3:12 pm
sampai jgk kat penang w/pun ngan opel kadet tuh. malam ni niaga tak?
August 28th, 2006 at 3:14 pm
En Fuad gi jumpa Team SaifulSham ke kat tronoh tu?
August 28th, 2006 at 5:34 pm
Akirasuri: Tenkiu for the info. Dah baca dah, good job girl. Bagi markah 97% (A+) heheh.. Satu lagi nk mintak tulun cik akirasuri, pasal hukum futures and options. Ada yang kata boleh ada gak kate tak leh. Cik Akira kan expert pasal investment instrument ni.. Tulun ye… Nnti bagi upah
Cikgu: Ingat nak carik jugak si Syazwan ngan Sabri tu tapi tak sempat. Byk pulak aktiviti. Nak jumpe lecturer, technician lagi.. huhu.. Nasib baik ada lesen besar. Super senior lah katekan.. heh..
August 28th, 2006 at 5:48 pm
tak tahu nk komen ape..
August 29th, 2006 at 9:47 am
wahh bagus.. penulisan yang baikkk.. teruskan..
August 29th, 2006 at 11:07 am
ic..awak pun protege Dr. Azimuth..sama lah kita!!
August 29th, 2006 at 6:02 pm
Slie : Baru perasan comment tu masuk spam. Smlm x niaga. Rehat Jap.
Noorizam : Trima kasih…
Linn : Register gak tapi tak aktif. Banyak sgt komitmen. Nak setel satu persatu dulu. Apapun Dr. Azimuth memang best…