Susahkan hidupmu..

Posted by Fuad on August 30th, 2006 filed in Perkongsian Pengalaman


Salam semua,

Post kali ni agak ringkas sebab saya sebenarnya ditugaskan membeli barang dapur, drop kat CC jap.. Heh.. Saya nak kongsikan pengalaman saya berkerja dengan golongan OKU (Orang Kurang Upaya). Sebab kilang saya ada kuota utk mengambil golongan ini berkerja, memang selalu jugak saya berkomunikasi dengan derang (mostly tidak dapat mendengar). Walau saya tak terer bahasa isyarat, namun main bantai pon boleh paham jugak. Hahak :-P

Sapa2 yang terer bahasa isyarat tu saya cadangkan tulih e-book. Saya rasa ramai lagi orang macam saya yang berminat nak belajar bahasa isyarat. At least saya pasti akan beli. Kalo tak mau jugak, boleh ajar saya, pastu biar saya tulih e-book.. heh. Sape nak jadik model dalam e-book tu boleh contact saya.. ;-)

Ok.. Berbalik kepada tajuk post kali ni. Satu pemerhatian yang saya dapati, mereka ini sangat rajin bekerja. Penuh semangat dan sentiasa bersedia utk membantu. Pada pendapat saya hanya orang yang mengerti kesusahan akan menghargai apa yang diperolehi dan menjaganya dengan baik. Kesusahan mengajar erti kejayaan. Jika hendak berjaya, susahkan diri anda. Insya Allah boleh senang di masa hadapan..

Sehingga berjumpa lagi.

-Fuad-



10 Responses to “Susahkan hidupmu..”

  1. akirasuri Says:

    wah besh-nya dia bercuti di kampung…akira: “nak balik kampung juga!!” [buat muka sedih] ahakss…

    emmm memang betul, golongan OKU ni memang rajin bekerja tapi golongan ni kurang dapat pembelaan dari pihak kerajaan mahupun swasta…saya pernah menghadiri kursus di yayasan salam, satu hari tu tugasan kami adalah menjadi OKU…terpaksalah jadi orang buta, pekak, bisu dan cacat anggota…masa tulah saya sedar, alahai betapa bertuahnya saya menjadi diri saya yang sekarang ni…belajar menggunakan kerusi roda, pakai tongkat macam orang buta dan menulis menggunakan kaki, siku dan mulut memang amat merumitkan…oleh itu, kita harus belajar bersyukur menjadi diri kita dan jangan asyik merungut aja tak puas hati kerana kita mesti ingat bahawa masih ada orang yang jauh lebih malang dari kita…

    nota budak sekolah: saya nak jadi model e-book bro la…ha ha ha tipu jelah!! ;)

  2. fiq Says:

    ya bersyukur sebab sempurna cukup sume, aku ngah tenysen ni..xle nak posting baru. blooger ade masalah la plak.adusssssssssssssssss.

  3. cikguonline Says:

    saya sungguh terpegun orang OKU ni buat bakul terutamanya….. pandai macam mana diorang belajar ye.

  4. Slie Says:

    baca post kali ni, buat aku mcm nak nangis jer..opps..kontrol..kontrol..
    sedih dan kagum…

  5. Labanon Says:

    Wah…. niche yang bagus tu hHOHOHOHOHO

  6. linn_comel Says:

    ada juga dulu belajar bahasa isyarat , tapi setakat abc jer..dah lupa dah!

  7. Fuad Says:

    haha..dah balik kerje.. Linn. Katne kalo nak blajar bahasa isyarat? Ada pusat tuisyen ajar dak?

  8. surfaddict Says:

    saya ada kawan main bowling sama2 tp dia bisu..camne berkomunikasi?? Saya tulis sms utk dia..hehehe..diapun tahu saya tak reti bahasa isyarat..so..sms jadi alat bantuan komunikasi. Dia sgt terror main bowling dan kalau tak silap saya dia ada mengajar student pendidikan khas main bowling gak..bagus2

  9. Fuad Says:

    Hahak.. Bijak bijak.. :-) Teringat satu teka teki pasal orang OKU nih.. Nnti nk wat post pasal teka teki tu lah.. heh.

  10. Fish « Almari Buku Says:

    […] Dah lama tak buat ulasan buku. Arini saya nak perkenalkan buku Fish. Sebelum tu, saya nak bagi teka teki. Teringat teka-teki ni bila baca comment Surfaddict dalam post Susahkan Dirimu aritu. Teka teki berbunyi begini: […]

Leave a Comment