Bijak atau Kreatif?
Posted by Fuad on January 16th, 2007 filed in Perkongsian Pengalaman
Salam pertemuan,Â
Time tgh morning break semalam, kakak-kakak operator panggil nk tanya pendapat. Sekarang ni syarikat saya menawarkan skim berhenti kerja secara sukarela. Agak lumayan jugak pampasan yang diberikan. Sayangnya bukan untuk Engineer, kalo tak dah antar borang dah.. ![]()
Yang menarik, bila ditanya tentang plan B, derang bercerita tentang gaji, benefit dan lain2 yang bersangkutan pasal makan gaji. Saya senyum sendiri melihat perbezaan mentaliti. Bukan perbezaan dari segi akedemik, bijak atau sebaliknya, sempit atau terbuka bukan juga melihat siapa betul atau salah. Apa yang begitu menarik utk difikirkan ialah cara berfikir seseorang tu bergantung kepada matlamat hidup. Bagi seorang yang matlamat hidupnya makan gaji, berbisnes adalah sesuatu yang janggal untuk difikirkan. Tapi bagi orang yang tak mahu makan gaji, kalo crita pasal kerja..boring…
Bagaimana pula jika mengendalikan 2 matlamat hidup.? Contoh mudah kata hujung minggu ni seorang kawan ajak pegi mengaji kitab kat Pondok. Pastu biasanya Pasar Malam ari Sabtu selalunya keuntungan dia agak lumayan. Yang ni kene pandai bagi keutamaan la kot ye.. Atau…….. Kalau cukup kreatif boleh dapat dua2 sekali. Uh uh.. Walau telah lama ku cuba menjadik kreatif tetapi terasa begitu kejap untuk merungkai kebolehan otak belah kanan.
Mahu saja saya menyalahkan kokurikulum sekolah rendah, menengah hatta universiti pon. Semua melatih pelajar menggunakan otak sebelah kiri saje. Tapi takda gunanya komplen sekarang. Yang perlu, apa yang perlu dibuat sekarang. Ada cadangan tak camne nak jadik lebih kreatif?
Nota Ibu Jari: Selalu pegi blog Linn nk belajar menggunakan minda. Selalu jugak jenguk forum ID Malaysia melihat kehebatan orang2 kreatif menghasilkan design2 yang gempak. Jeleess…
Tulun Promote: Semalam beli dompet kulit jahit tangan kat sorang brader. Siap leh tulih nama kat kulit tu. Brader ni memang tangan artis (pelukis) la, canteek jek nama tu. Memang cool tak ingat lah. (I wish I had pictures to show to you guys). Buat sape2 yang berminat nk dompet kulit jahit tangan leh bagitau. Ni kire super high quality hand made wallet la ni. Janji tak ambik untung, tulun promote brader ni punyer bisnes jek. Buat awek-awek, korang bagi hadiah kat pakwe / husband korang konfem makin sayang lah. Cair jek ![]()
Pada sape yang ingat dan pernah baca entry sebelum ni, brader ni adalah Abang Mat yang berniaga sebelah saya masa saya berniaga di Komplek Bukit Jambul dulu. Sokonglah barang buatan orang Islam yang berkualiti. ![]()
Sehingga bersua lagi…
-Fuad-
January 16th, 2007 at 12:50 pm
oo.. kawan zahrin ke. err.. takdak plak nombot fon dia. ritu pun kuar sbb calvin yg call dia. nnt sy cuba tny calvin ye. sori.
January 16th, 2007 at 1:44 pm
Pada pendapat aku, salah satu care nak jadik lebih kreatif ialah menyelesaikan masalah matematik. sebab bila kita wat masalah matematik, kita akan berfikir banyak care utk selesaikan. secara tak langsung, ia melatih otak kanan. cadangan aku: beli/pakai balik buku add math kaler merah gelap tuh sebagai latihan. insyaAllah akan ada hasilnya. aku baru sampai JG. hehe. lagi satu, cikgu aku pernah cakap, orang yang pandai matematik, pandai semua. walaupun tak 100% tepat, aku yakin sekurang-kurangnya 75% berkesan.
January 16th, 2007 at 1:45 pm
pembetulan: buku add math form 4/5. hehe.
January 16th, 2007 at 4:35 pm
org bijak, tak semestinya kreatif.
January 16th, 2007 at 5:28 pm
fuad, masa utk kita mungkin dah lmbt sikit (tapi terlambat) utk buat balancing otak kanan + kiri. tapi yang belum rugi apa2 ialah anak (atau bakal anak2). otak kanan bole hidup dgn lukis2, melodi, main lego .. hah bior kita bagi sistem pendidikan tambahan kat anak2 sendiri - peace-
January 16th, 2007 at 6:41 pm
Artikel ni mungkin bagus utk dikongsi bersama.. sorry fuad panjang gilee….
Artikel untuk parent and parent to be..
Subject: Otak Kanan - Teknik Jepun Shichida Methods…
Beberapa minggu lepas boss aku ada cakap kat aku yg dia antaq anak die 2 thn pergi Sichida kelas…yakni kelas yg di uruskan oleh jepun melatih anak-anak befikir menggunakan otak sebelah kanan. Otak sebelah kanan ni lebih efektif sebenarmya dari otak sebelah kiri tetapi kena practise sikitlahpenggunaannya. Kelas ni mahal,kalau kelas tadika juanna yg aku nak masukkan tahun depan tu costnye lebih tinggi dari cost kite satu semester kat ITM, tapi boss aku ni atas kesedaran bahawa ramai sgt cine yang pergi kelas tu utk ajar anak2 depa dan melayu cuma setengah kerat aje…dia pun bersetuju ngan niat ikhlasnye untuk ajar aku dan staff melayu yg lain.
Aku pun nak korang practisekan bende ni kat anak korang, sebab baru seminggu aku buat kat anak aku…dah nampak keberkesanannya.
1. Sewaktu anak nak tidur atau tidur-tidur ayam, cakap kat die sepenuh hati dan sejujurnya yang kita sayang kat dia, dia budak baik, dia anak soleh, dia budak kuat, tak sakit, dia budak pandai dsb. Sbb during tidur-tidur ayam ni otak kanan sedang bekerja, otak kiri dah tidur dah, tapi kena buat seikhlas hati…kalau tengah marah ..tak jadi. kalau anak korang tu dah tidur,ramas-ramas jari atau tangan dia, macam picitlah supaya dia kembali berada dalam tidur2 ayam punya situation. Aku buat kat anak aku sebab die bangun pagi lambat pas tu siap melalak-lalak lagi, aku cakap hari-hari kat dia, dia budak baik, dia suka pergi sekolah, dia budak sihat, dia nak bangun awal….sekarang 6.30 dah bukak mata termasuk sabtu n Ahad.
2. Start guna cards untuk ajar anak. Aku ajar ABC-Z guna card seminggu je,sekarang dah kenal semua huruf dah siap boleh eja perkataan pendek-pendek..buat card banyak-banyak dan tunjuk kat dia orang cepat-cepat..macam..a..b..c..d..e, insya Allah cepat die dapat sebab bila kita tunjuk kad laju-laju atau cepat-cepat otak kanan die bekerja keras untuk tangkap apa benda yang kite tunjuk
tu…kita boleh buat card 1,2,3, gambar-gambar…potonglah gambar kat mana-mana dsb.
3. Gerak kerja tangan adalah hasil dari otak kanan, so ajar anak korang main tanah liat, main water colour, melukis, gunting kertas, origami dsb. memang le kite yang kene mengemas tapi takpe……… satu lagi cuba korang lukis gambar, contohnye rama2, tapi sebelah sahaja dan suruh die orang sambung lukis ikut apa yg
orang lukis tu kat sebelah lagi…ini pun dapat mengaktifkan penggunaan otak kanan….Korang tau kenapa cine, ngan jepun pandai-pandai….sebab depa makan guna chopstik…chopstik tu mengaktifkan kerja tangan and as well gerakkan otak kanan.
4. Jgn marah-marah atau tengking anak……..sebab depa boleh simpan semuanya dalam otak kiri…….kalau termarah depa, pi balik kat cara no 1 tadi, and mintak maaf kat die…..
5. Satu lagi develop they all punya imagination by start bercerita kat die orang dan suruh depa sambung cerite tu, walaupun cerita tu memang lah merapu takpa………kita pun bukan tak biasa merapu…….
6. Main teka-teki ngan they all, taruk satu barang dalam kotak tissue and suruh depa teka apa benda tu. First few times boleh bagi option
macam….bagi tau colour, bunyi, lama-lama depa boleh develop six sence by concentrating depa boleh teka apa benda dlm kotak tissue tu……..ni semua utk aktifkan otak sebelah kanan. Tapi ingat…..semua game yg hangpa nak buat ngan dia tu cuma boleh buat setengah jam sehari..tak payah lama-lama. Sebelum buat exercise ni, kena tarik nafas dalam-dalam and relaks…tak boleh buat time tengah nak masak ka, basuh kain ka tengok tv ka, tak jadi….Buat kena ikhlas, and merendah diri sikitlah bila dah terror ini semua satu cara yng Tuhan lagi Maha Mengetahui kalau Dia izin anak kite nak pandai Alhamdulillah tapi kita kena berusaha, dan bersyukur kalau dah berhasil sebab bila2 Dia boleh tarik balik..betui dak……Aku pun tengah try lagi ni…
Lagi satu untuk berkongsi sesama pembaca….
Kaunselor UTM, Dr, Syed Mohd. Shafek pun ada cakap benda yang sama dan dia ada ckp ttg perkataan jangan kat anak-anak. kalau kita banyak sangat guna perkataan jangan kat anak-anak…..itu lah yang anak akan buat…..so lepas nie kena ganti perkataan jangan tu kepada perkataan lain plak…contohnya….Tolong senyap Abang,,,berbanding Jangan bising bang.. Dlm Islam sendiripun menggalakkan kita ibubapa bercakap2/berdoa dgn anak2
ketika mrk dlm proses nak tidur sbb pada ketika itulah di antara waktu2 doa dimakbulkan.
January 16th, 2007 at 6:54 pm
Wah kreatif brader tue.. dompet kulit jahit tangan.. jarang nampak.. leh gak tmpah nih.. berapa arrr.. ader diskaun..??? huhuhuhu
January 17th, 2007 at 9:03 am
Quesera: Mekasih.. Sori ler nyusahkan plak. Masa dok bintulu dulu tak tahu Zahrin kat Miri. Mekasih ye tulun carikkan..
Ad3ck: Ayat cikgu ko same ngan ayat Ayah aku. Cikgu Matematik ko ye yang ckp camtu?
Ayah aku pon terer math dan very passionate about math, so kata2 tu leh dipersoalkan. Heh. Takdelah. Aku setuju sebab ayah aku pon cakap orang terer math mempunyai basic cara berfikir. Berdasarkan pengalaman aku yang x seberapa ni, kebanyakkan orang terer math tak semestinya kreatif. Math lebih kepada logical thinking (left brain function) tapi creativity/imiginative thinking ni right brain function. Apapun aku mungkin silap. Thanks utk suggestion ko. Ko minat Janjang Geometri ye. Aku bab ad-math yang aku paling suke pembuktian theorem tu. Memang best. Macam main game jek.
Azreen: Aku setuju sangat2..
January 17th, 2007 at 9:05 am
fuad nanti tgglkan email address ko kat blog aku ye..
January 17th, 2007 at 9:09 am
Jeff: Aku x mo mengalah lagi.. Nk try jugak activate aku punye right brain function.. Rugi doo. Allah dah bagi nikmat tapi tak pakai.. Yang didik anak2 tu aku setuju. tapi kenelah ada anak dulu ye.. heh.
Zairol: No problemo bro. Perkongsian camni la bagus yang teramat. Eh.. jap. Sejak ble ko ada anak nih? Ko kan bujang trang tang tang lagi.. Boss tu adakah merujuk kat Shahrul?
Zac: Harga dia dari RM60 sampai RM100++ bergantung kat jenis kulit ngan banyak poket ke tak. Memang jarang leh jumpa dompet camni. Diskaun tu aku takleh nk janji. Tapi aku boleh berusaha sepenuh hati utk dapatkan harga terbaik kalo ko berminat. Amacam?
January 17th, 2007 at 11:06 am
Fuad,
ada tak brother tu jual notebuk PC lite cover?
January 17th, 2007 at 11:24 am
btw. yg zairol tulis tu. Teknik Shicida .. aku dah 3 bulan praktikkan kat anak lelaki aku. Alhamdulillah dengan izin Nya, berkesan.
yeah Fuad. teruskan perjuangan utilise right brain. ok lah aku bagi kau tips sikit .. kalau2 boleh fit in la. Masa2 kau tengah santai .. biar left brain rileks dari fikir benda2 logics & factual. Cuba kau berkhayal @ berimaginasi @ berangan2 .. layan
(jangan kau berangan benda biru pulak udah haha)
January 17th, 2007 at 5:54 pm
Fuad: takdelaa.. itu aku dapat dari email tu.. Bujang tapi dah beranak 13 org tau.. siap ada anak tiri lagi 2 org.. total 15 org.. bayangkan kalau raya.. so teknik yang sesuai aku pakai kat diorang Shoo and terajang.. lebih sesuai.. BTW pada aku untuk berfikiran kreatif nie bergantung pada tahap imaginasi kita.. perasan tak ada org yg takleh nak solve problem yang simple macam nak stabilkan something, repair radio buruk yg takde antena dsb.. lagi satu org kata org yg kreatif ni kidal pas tu ada taik lalat kat tgn kiri macam aku hehe.. thanks.. regards: http://roydotcom.wordpress.com yg link blog friendster tu tak best laa