Dis Is Mai Kad

Posted by Fuad on April 18th, 2007 filed in Saja2


Salam pertemuan,

Saya telah di tag oleh Cikgu Maizul dan Linn Comel. Tag tu pasal kene buat V-Card. Memandangkan saya ni takdek bakat dalam seni2 nak mencantikkan dan kurang pulak ke’kreatif’an nya, harap dimaafkan kalo kad saya ni buruk sangat ghupenyer :-(

vcard2.JPG

Nota Kecik: Saya dah cuba lukis sendirik tapi mmg tak berbakat langsung bab graphic design nih. Last2 saya search internet carik business card maker. Yang free sume tak lawa, kalo nk yang lawa kena bayar plak. Adui2. Buat masa ini, pakai yang ni jela dulu. Haha. Nnti cuba improve lagi ni masa depan :-)

Nota Besar: Maafkan saya menyakitkan mata anda dgn VCard yang super burok ini. Huhu.

Sebab saya ni xdek busines buat masa sekarang, card ni mewakili diri saya untuk menjalinkan ukhwah. Terus terang, tag line tu saya curik dari Sisters in Islam dan seorang sahabat yang saya hormati. Walau saya nih insan kerdil nk melawan satu persatuan yang begitu gah, tapi saya tetap nk mencurik sket prospek2 mereka. Heheh.

Saya jujurnya betul2 tidak bersetuju dengan perjuangan Sisters in Islam. Bukanlah saya ni bencikan wanita. Tidak sama sekali. Malah saya ni  memang pencinta wanita. Cheewah..! Cuma saya tak nampak keselarian dan tolenransi perjuangan NGO tersebut dengan apa yang saya faham nilai dan norma kehidupan yang sepatutnya.

Buat pendokong SIS atau ahli2nya, saya ngaku saya tak tahu banyak pasal SIS dan perjuangannya atau dalam ayat yang lebih ringkas, pengetahuan saya tentang SIS terbatas dari apa yang saya lihat, baca dan di beritahu. Jika ada antara ‘mereka-mereka’ yang teringin nak meng’kadir’kan saya pada fahaman mereka, leh directly emel kat saya (alamat emel ada kat VCard di atas). Walaupun saya mungkin tak delete sebarang komen kat blog ni, saya lebih selesa jika ruangan komen blog ni tak digunakan oleh SIS sebagai promosi untuk mendapatkan ahli.

Sedikit pasal tag line tu, sesetengah orang akan ckp tektik mendekatkan diri pada orang yang bermasaalah dan menolong mereka (di saat mereka sangat2 memerukan bantuan) dengan ada niat utk menarik mereka tak kira samaada pada sesuatu jemaah atau geng, fahaman2 tertentu, parti politik hatta agama sekalipon dikatakan suatu tektik yang agak kotor atau tidak ikhlas. Saya tak bersetuju. Alasan saya, selagi tak menggunakan kaedah paksaan, setiap individu mempunyai hak utk membuat pilihan. Dan bagi yang membantu pulak, mungkin leh tolong seikhlas mungkin. Saya tak nafikan mesti ada jugak walau sedikit harapan dalam hati.

Apapun, jomla berkawan dengan tulus ikhlas hati. Sape yang dok KL & Selangor yang janji nak blanja makan minum tu, dalam next week akan di tuntut janji2 korang. Haha.

Sehingga bersua lagi..

-Fuad-



14 Responses to “Dis Is Mai Kad”

  1. aku Says:

    hari ini dalam sejarah blog Fuad, buat pertama kalinya aku susah nak bagi komen, bilamana aku klik, dia tak bukak2 page komen.. sebelum ni kalo aku klik, bedesup masuk ruang komen, sampaikan aku terpk nak tanya, gerangan hosting manakah yang Fuad sewa.. heheheh.. amacam ayat aku?

    wah.. http://jommainsaham.com/ tu… heheh kalah aa nanti blog aku ngan keyword ‘main saham’..

    mesti mahal card ni kalo print bebetul.. hehehe.. apakah simbolik background tu?

    pasal SIS tu, stay away beb. heh.

    tuntut jangan tak tuntut.. hahaha.. makan free aa ko sebulan ni.. kuikuikui

  2. akirasuri Says:

    oh! he he he. nak aiskrim :D

  3. linn_comel Says:

    Terima Kasih, kerana tunjukkan Vcard . Cantik..
    SIS ni salah satu komponen islam hadhari kut, yang ada had dan harinya..Kalau kita tgk pemimpin SIS ni pun anak semuanya adalah anak pemimpin dan bekas pemimpin.. betul macam apa yang Aku cakap.. STAY AWAY!

  4. Fuad Says:

    Aku: Tu la pasal, semenjak dua menjak ni makin susah nk masuk blog aku. Ayat ko power. Kalo awek mmg dah cair dah tu. :-) Hosting utk blog ni aku pakai peng-u. Ko leh cek kat blog dia : http://hafiz.peng-u.com/

    Akirasuri: Orang dok belah utara x masuk schedule ye. Kalo nk balik bangi.. :-)

    Linn: Saya sebenarnya tak kesah sgt pasal fahaman politik. As long as dia tahu apa yang di perjuangankan dan boleh berbincang secara intelek, no problem with me. Yang paling tak suka, semngat berpuak2 pastu emo. Gaduh bukan secara intelek tapi main kutuk hamun. Point? Tadak. Aduh2 tak paham betul. Pada saya pendapat berlainan tak kesah sebab tu kena ada toleransi. Tapi pendirian akan tetap diperjuangkan dgn cara yang betul. Saya pon ramai kawan yang berlainan fahaman politik tapi rapat jugak, kadang2 lebih rapat dari yang sama fahaman politik tapi pendekatan tu yang saya tak suka. Alamak.. Panjang plak. Thanks for tagging me Linn.. :-)

  5. www Maizul Dot Com | Panduan Perniagaan Internet Malaysia » Bisnes Kad Says:

    […] Fuad […]

  6. Maizul Says:

    Cantik VCard Fuad.

  7. psittacula Says:

    sekali imbas kad tu macam kad Fairy God Mother dalam citer Shrek2…

    “Remember, happiness is just a teardrop away… ”

    tahniah, sbb berjaya create kad walaupun nampak cam terdesak.

  8. SKA Says:

    cool.. Puad, kat school dulu u used 2b my add math godfather.. x caya lak ko pandai bermain kata2 blogging. er, ko ingat aku x nih?

  9. jeff Says:

    eh aku lupa la .. aku ada janji ke nak blanja kau ? aku rasa takda la .. (fikir2) a’ah betul la takda ..

  10. lelabu Says:

    fuad, SKA ni Shamsul Kamal Ariffin ker?

  11. pakdi Says:

    ooooh…

    jommainsaham.com

    bagus-bagus. critical mass penting.

    nyonya yang nak sewakan rumah tu bukan SIS ke?

    ops..

  12. Fuad Says:

    Maizul: Erk.. Yeke.

    Psittacula: Nantikan kemunculan Shrek 3. :-P

    SKA: Mustilah tau Meso. Mu ke presiden New Comers Society. Tabik boss..

    Jeff: Haha..

    Lelabu: Kalu SKA, lecturer UIA.. rasanya jolo doh tu..

    Pakdi: Rasanya SIS tak terima member Syiah kot. ;-)

  13. KU> Says:

    hmm..sy berkawan utk dpt ilmu yg sy takde..dan menambah kenalan :)

  14. cikgu azleen Says:

    wah wah wah.. nak baca 960 buku? bape lama masa nak diambil tuh? hmmm.. ni buat saya fikir, berapa banyak buku saya dah baca yer?? takde buat rekod plak.. rugilah..

Leave a Comment