3 Dalam 1

Posted by Fuad on May 14th, 2007 filed in Saja2


Salam pertemuan,

Alhamdulillah..di lapangkan jugak masa saya nk mencoret sesuatu kat blog hari ni. Arini nk crita pasal 3 perkara yang saya belajar melalui medium yang berbeza tetapi memberi mesej yang sama. Strong indication utk saya bertapa pentingnya pemahaman yang cuba di sampaikan. Masa saya pegi bengkel Aziz Ibrahim, Saudara Faisal (moderator majlis) ada menyentuh bertemunya peserta dgn bengkel tersebut adalah kerana pencarian kepada penyelesaian masalah kewangan. Saya bersetuju sebab bila saya tanya budak UTM yang mana bengkel tersebut pernah diadakan pon, derang tak pernah dengar pon kewujudan bengkel ni. Maksudnya..hanya orang yang mencari penyelesaian masalah kewangan jek sedar kewujudan bengkel seumpama ini. Saya wonder brapa ramai budak UKM tahu kewujudan bengkel Cashflow hujung minggu ni kat UKM ;-)

Kesimpulan: Kita akan menjumpai sesuatu jika kita mencarinya..

Sedikit input dari buku Big Bucks, dia menceritakan otak kita ada penapis. Penapis ni akan reject semua maklumat yang tak dirasakan penting pada kita tetapi maklumat tersebut masih tersimpan kat minda separa sedar (subconcious mind). Contoh yang di bagi, seorang ibu yang tidur nyenyak takkan terjaga bunyi bising remeh temeh tapi bila anak dia batuk sket je dia terjaga. Otak telah menapis maklumat2 yang tak penting dan buang. Oh! Selamat hari ibu utk ibu2 seluruhnya. :-D

Jadik, selagi sesuatu benda tu tak cukup penting pada kita, kita takkan cari sesungguh hati dan tak kan jumpa.

Tiga benda yang saya nk cerita ialah:

  1. Tempat keje saya mengadakan ceramah bertajuk “Keberkatan Dalam Rezeki”
  2. Saya baca buku “Saya tidak Mahu Kaya, Tapi Harus Kaya”
  3. Saya baca buku “Big Bucks”

Saya nk ambik satu pengajaran jek dari setiap peristiwa tersebut yang semuanya memberikan mesej yang sama. Ustaz menerangkan beza atara “Hidup” dan “Kehidupan”.

Hidup ditafsirkan pada ‘what we get’. Kita dapat hidup kalo dapat makan, dapat kawen, dapat berhibur dan dapat bermacam2. Manakala kehidupan ditafsirkan pada ‘what we give‘. Kita hanya mendapat kehidupan bila kita beri kasih sayang, beri penghormatan, beri bantuan dan sewaktu dengan nya. Bagi pelempang x masuk kot. Kagumnya saya, dalam buku Big Bucks, perkara yang sama di ceritakan oleh Ken Blanchard. Setelah diceritakan tiga perkara penting nak banyak duit, dia cerita plak bertapa pentingnya mempunyai nilai kehidupan.

Setelah dapat rekemendasi dari blog Linn, saya dapatkan buku “Saya Tidak Mahu Kaya, Tapi Harus Kaya”. Saudara Gym ceritakan dengan detail jenis2 kekayaan yang harus di miliki oleh Umat Islam. Buat masa ni saya x nk ulas detail sgt nnti jadik panjang. Buat mereka yang berminat leh rujuk blog Linn.

Pengajaran yang cuba saya simpulkan ialah:

  1. Pastikan apa yang kita nk betul2 penting pada kita. Contoh, kalo nak kaya betul2 pastikan yang penting sgt jadik kaya. Seolah2 nya kalo tak kaya, kita dah hilang salah satu cara memperjuangkan agama Islam.
  2. Sejajar dengan mencari hidup, kita kena mencari kehidupan malah itulah yang lebih utama
  3. Apa yang kita nak, kita mesti mencarinya. Jangan tunggu jek. Pandailah bezakan antara cita-cita dan angan-angan.

Saya dok borak ngan sorang member yang tiba2 crita pasal kawen . Soklan sensored sket, bila ditanya ada cita2 nk kawen lebih satu tak. Saya ckp angan2 adela. Tapi bila ditanya pasal nk jadik kaya, saya akan ckp itu cita2 saya. Bezanya, selagi dia angan2, saya tak kan berusaha sedikit pon utk mencapainya. Tapi jika itu cita2 maka saya akan berusaha utk mendapatkan. Soklan saya berapa ramai yang berangan nk jadik kaya bukan bercita2 nk jadik kaya.?

Begitulah berapa ramai yang berangan nk kawen lebih dari satu berbanding yang bercita2 atau memang tak terpikir pon? Hahak. Persoalan sensitip tuh. Ek enaaa, Jangan kelentong laaaa… ;-)

Sehingga bertemu lagi..

-Fuad-



7 Responses to “3 Dalam 1”

  1. aku Says:

    fuh, ni tak kelentong ni.. cukuplah sahaja dengan 1 :)

    ya, kita sendiri kena yakin sebelum menyakinkan orang lain.

    diri sendiri kena yakin boleh kaya, baru boleh yakinkan orang bahawa kita boleh kaya.

  2. Zairol Says:

    Betul fuad.. macam aku nie spesis tidur pak guard.. kekadang member bgn malam pergi tandas pun terjaga.. dulu masa mula2 dok rumah nie.. lori sampah ambil sampah tgh2 mlm mesti terjaga.. sekarang tidak lagi dgn sistem filter otak dwi penapisan..

  3. ad3ck Says:

    orang cakap di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. ;p.

    pada pendapat aku la, sesetengah angan2 boleh berubah menjadi cita2 dan tak mustahil kalau seseorang tu akan berusaha untuk mencapainya. :) contohnya yang kawen tuh la haha.

  4. chot Says:

    teruja aku baca entry ko kali ini…

  5. jeff Says:

    aku rasa ada byk persamaan antara nak kaya dgn nak kawin lebih dari satu.

    1. tak dpt tidak ..mesti ada dorongan nafsu ; yg satu nafsu berbelanja, satu lagi nafsu shahwat

    2. bila kaya (ada duit le kata kan), mulalah datang godaan rasa nak tambah isteri atas alasan .. aku mampu apa

    3. kalau dah kaya serta dah ada bini dua, ada kemungkinan untuk pergi lebih jauh ; bertambah kaya dan dengan itu bertambah kemampuan lalu bertambah isteri ….

    moralnya .. sederhana je udah ler

  6. Fuad Says:

    Aku: Hahak. Ok2 aku terima dulu jawapan hang buat masa nih.. :p Hang kena baca surah Al-Waqiah byk2 nih.

    Zairol: Bagus la sistem penapisan ko.. heh..

    Ad3ck: Aku rasa kemahuan je tak cukup. Aku rasa bila terdesak, baru jumpa jalan.

    Chot: :)

    Jeff: Hahak. Itu kalo ko pandang dari sudut negatif. Kalo ko pandang dari sudut positif laen plak jadi nyer. Kaya dan kawen jugak adalah salah satu cara berbakti.. Hahak. Itu aku quote Dr. Fadhilah Kamsah ckp tau.. :p

  7. cari duit Says:

    saje je singgah2 kat sini… :D

Leave a Comment