CashFlow 101 – The New Sight
Posted by Fuad on May 23rd, 2007 filed in Perkongsian Pengalaman
Salam Pertemuan,
Ari Ahad lepas, saya telah menghadiri bengkel CashFlow 101 yang dianjurkan oleh Bicara Jutawan dan dikelolakan dgn jayanya oleh Pakdi dan ahli-ahli ‘senior’ BJ. Seperti dijanjikan, ulasan peribadi saya nk utarakan hari ni.
Sebetulnya saya dah main CashFlow 101 dan 202 dah banyak kali tapi yang electronic version. Adik saya yang darjah 5 tu siap dah boleh predict bila harga saham tu naik turun. Dia boleh main option kejap jek boleh kuar dari Rat Race. Itulah biggest loop hole kat dalam electronic punyer version. Cycle data dan patern dia adalah sama. Kalo main banyak2 kali dah boleh agak apa yang akan terjadik.
Oh ya.. saya tak nk ulas in detail pasal CashFlow 101 itself tapi more toward kelebihan main CashFlow 101 board berbanding yang electronic. Point pertama saya dah cakap, board version lebih rawak.
Kelebihan ke-2, board version melatih kita seronok membuat kira2 dan catatan (lebih2 lagi time banyak duit). Kalo kat electronic version, computer dah tolong kirakan, apa yang perlu kita buat ialah drag and drop. Settle.. Apa yang berlaku pada saya, saya terpengaruh sket ngan electronic version, saya tak catat duit dalam tangan. So, bila ada oportunity saya terpaksa kira duit kat dalam tangan dulu. Sesi ke-2 (terima kasih kat penganjur bagi main 2 kali), bila saya catat semua keluar masuk.. on the spot saya leh analyse sesuatu peluang tu mampu di beli atau tak. Pastu mmg syok laa, edit2 CashFlow Statement ngan Balance Sheet bila time game bergerak dengan pantas. Memang tak menang tangan ngan audit akaun sendirik. Rasa macam everything is under control. Sape yang ada masalah tak tahu mana ilang duit bulan2, saya amat syorkan main CashFlow 101 board version.
Kelebihan ke-3, emotional involve tu amat ketara main yang board version. Walau yang electronic version pon boleh main ramai orang tapi suasana auction, influencing others, surrounding pressure tu mmg tak sama. Ini adalah kelebihan yang amat ketara dan merupakan pembelajaran penting dalam pengurusan kewangan.
Kelebihan ke-4, kita yang kawal game speed. Lagi terer kita wat deal, account update, lagi cepat dan lagi best game tu jadik. Bagi yang pernah main electronic version, taulah korang bertapa jenuh nak menunggu turn (tanpa buat apa2)..
Kelebihan ke-5, kita boleh pilih perkerjaan dan financial status kita malah kalo nak customize utk diri sendirik pon boleh. Secara general, option yang ada, kalo gaji besar perbelanjaan dia pon besar jugak. Kalo kita nk buat kita punyer profil sendirik pon boleh, kalo saya punyer gaji kecik tapi expense besar. Hahak. Lagi best kan sebab kita boleh guna data yang betul pasal diri kita dan tgk simulasi, boleh tak kita jadik financially freedom.
Kelebihan ke-6, kita boleh ubah cara main yang kita rasa lebih sesuai dengan suasana kita. Contohnya bank lebih demanding. Pastu instead of bayar lump sump utang kita leh banyar ansuran. Yang mana lebih menyerupai konsep sebenar yang kita amalkan kat luar. Tentuya dia nya akan jadi lebih komplek dan susah.. tapi lagi best apa. Dan semua benda ni tak boleh buat kalo main electronic version. Banyangkan, utang ngan bank tapi tiap2 bulan asek bayar interest jek. Kalo nk setel pokok, kena banyar lump sump. Apapun, itu worst case scenario la kan. Itu pon dah bleh kuar dari rat race apa..
Kelebihan ke-7, boleh makan best. Hahak.. Ini bagi yang pegi bengkel tu jela. Kalo kat rumah masak sendirik la ye…
Buat masa ini, itu je dulu yg saya boleh highlightkan. Kalo nk cerita kelebihan main game Cash Flow tu sendirik mmg banyak la, dari segi konsep aset dan liabiliti, cashflow, good debt & bad debt, investment tools dan macam2 lagi yang boleh belajar lah. Banyaaak sangat. Saya amat sarankan main game ni. Dan sape nk main kat BJ office tu ajak la saya skali ye.
Pengumuman: Kepada member yang saya pernah bagi CashFlow electronic version tu, saya dlm proses mendapatkan bantuan profesional utk membetulkan CD tuh. Heh.. Mintak sorii banyak2 atas kesilapan lalu..
Sehingga bertemu lagi..
-Fuad-
May 23rd, 2007 at 7:17 am
Macam best main game cash flow ni…tak pernah cuba main lagi..Harap ada kesempatan untuk main game ni..
May 23rd, 2007 at 3:28 pm
bro. kalo nak pegi main lagi jgn lupa halo2 aku.
May 23rd, 2007 at 10:52 pm
pernah cuba burn cd cashflow, tapi mmg tak dapat. mungkin ilmu burn cd tu lanun je tahu. hoho…
yup. benda utama yang paling berbeza CD dan BOARD adalah emotional involvement. kalau dapat member yang kaki menghasut etc, lagilah.
sebab tu ada orang make profit dalam demo akaun (forex selalunya) dan lose money dalam real trading sbb isu emotion.
cuba rujuk buku rich dad prophecy utk paham pasal master you emotion dalam isu investing ni.
May 24th, 2007 at 1:18 am
aku kagum dengan semangat ko neh. bagus2. nak maen gak! ;p.
May 24th, 2007 at 5:45 am
Linn: Banyak kesempatan nk main Linn. Minda Success leh wat assiociation ngan BJ, main Cash Flow..
Fiq: Beres..tggu opis Bj siap dulu..
Pakdi: Nk kena blajar ilmu lanun plak.. Hahak.
Ad3ck: Boleh2.. Nnti kita pegi main ramai2..
May 25th, 2007 at 9:41 am
ni dia ilmu lanun, masa burn tu, title cd burn tu kasik sama ngan cd asal… heheh..
June 3rd, 2007 at 10:04 am
ehem ehem..
June 4th, 2007 at 1:32 am
fuad, bengkel terbaru pada 1 julai 2007.
kau boleh offer diri jadi banker kalau mahu.
June 4th, 2007 at 1:45 am
Aku: Hehe.. Arini jugak aku updet..
Pakdi: Canteek tuh.. Oret2.. Nak join..
July 19th, 2007 at 5:54 pm
[…] Pada 24 Jun 2007 bertempat di Rumah Kelab BicaraJutawan.com di Bandar Baru Bangi, saya berpeluang bermain permainan Cashflow 101 ini bersama-sama para blogger lain (Shuth, En Aku & Adiknya, Mat Niaga, Bai, Dr Azwan, Haslam dan Fuad). […]
August 13th, 2007 at 1:02 pm
[…] dan bernilai dalam seminar RBDDI buat saya. Saya diperkenalkan oleh permainan Cash Flow ini dari Fuad, Pakdi, Shuth & En Aku. Melihat keseronokan mereka bermain dan juga usaha Shuth […]
June 7th, 2008 at 10:13 am
[…] : Terima kasih kepada Saudara Fuad yang memperkenalkannya kepada […]