Ibu Gayong
Posted by Fuad on June 18th, 2007 filed in Saja2
Tercetusnya topik hari ni atas 2 perkara:
- Wealth File #16 : Rich People Act In Spite of Fear. Poor People let Fear Stop Them - Salah satu sub topik buku yang baru saya habiskan semalam. Secrets of the Millionaire Mind, T. Harv Eker. Buku yang saya menang hadiah aritu. Heh. Tenkiu Linn..
- Post kat blog Dik Mal - Keberanian & Kepercayaan.
Sebelum kita ke mesej utama, layan vidpen (video pendek) duluk…
Get the Flash Player to see this player.
Pernah seorang guru silat bertanya pada anak didik nya. “Tahukah kamu dimana letaknya Ibu Gayong”
Maka bermacam2lah jawapan yang diberikan, penumbuk la, kuda2 la, amalan2 batin la, keris makan darah la. Cikgu silat tersebut kemudian menyentuh dadanya. “Di sini. Berani itu adalah ibu gayong. Kalo sehandal mana pon kamu bersilat, kalo kamu penakut, takda gunanya.”
Mesej entry kali ni, berani betindak adalah kunci antara dunia fantasi dan realiti
Kalo kita berani nak ada impian, maka sepatutnya kita kena berani nak mengejar impian.
Sekian. Terima kasih kerana sudi membaca mesej entry hari ni. Renung-renungkan dan selamat beramal..
-Fuad-
June 18th, 2007 at 2:38 pm
yup.. berani tu penting.
aku dapati berani mencuba itu lebih penting, ia adalah kunci kesenangan dikemudian hari. ini dari pengalaman sendiri
sewaktu aku tingkatan 4, berani mencuba buat web membuat aku senang sehingga hari ini. Alhamdulillah.
sewaktu aku tidak tahu apa-apa tentang saham, aku berani mencuba baca buku berkaitan saham(ya, ada orang nak baca buku saham pon belum berani), sekarang aku sudah rasa senang dengan saham. Alhamdulillah.
langkah terbaru aku, berani mencuba tanya-tanya pasal loan rumah/persendirian, doakan aku dapat mengucapkan Alhamdulillah sekali lagi
Alhamdulillah(untuk nikmat udara dan segalanya)
Nike said it best, “Just do it”.
June 18th, 2007 at 8:27 pm
Berani kerana bijak tak apa.
jangan berani dengan bodoh, naya jadinya
June 18th, 2007 at 8:29 pm
testing!!
ha ha ha. kena ada mode approval jugak ke?
* Berani kerana bijak tak apa.
jangan berani dengan bodoh, naya jadinya
June 19th, 2007 at 12:36 am
Salam
berani lah mencuba, ‘mind your own business’, dan belajar dari tersalah jalan (kegagalan).
if nak tunggu semua orang support kita baru kita nak jadi berani,dan mencuba, maka takkan tiba lah hari tu
huhuhu .. tol tak?
June 19th, 2007 at 6:36 am
ko ada blajar silat gayung ke fuad?
June 21st, 2007 at 12:40 am
bila sudah berani, haruslah jadikan diri sebagai ikon kepada orang lain. itu lebih bermakna kerana kita membantu orang lain membina diri. Ada pahala di situ!
June 24th, 2007 at 10:30 am
mmg almari buku lam blog nie…byk buku demo bc..bagus2..
berani membaca buku nie keberanian utk jejak ilmu baru setiap hari …
June 25th, 2007 at 3:17 am
Fuad… best la kau jadi banker smalam… bila nak main cashflow lagi… kali nih jadi peserta lah pulak… jom kita tukar link… kalau jadi inform ok… blog saya http://drazwan.blogspot.com. kay.. memang kena jadi berani.. tapi berani dengan ilmu.. main redah jer.. bukan berani namanya.. tapi kurang akal… kutip ilmu kemudian jadilah berani… berani tanpa ilmu macam burung terbang tanpa sayap… dia punya jatuh ke tanah tuh boleh buat kita tak bangun-bangun…
June 26th, 2007 at 12:26 am
tapi berani kerana benar, bukan berani menegakkan yang salah atau benang yang basah hehe.
June 27th, 2007 at 2:16 pm
gayong kat rumah aku tu anak gayong ke? hahha
June 30th, 2007 at 9:16 am
anda ditag!
sila ke blog saya.
July 4th, 2007 at 2:22 pm
wah.. ni tahap dewa punya sebok si fuad ni..
July 9th, 2007 at 10:14 am
busynye mr engineer ni.. :p
July 10th, 2007 at 6:05 am
suka betul saya tentang falsafah ‘berani’ ini … TQs