Mana Logiknya

Posted by Fuad on May 2nd, 2008 filed in Saja2


logic_model.jpgSaya telah disuruh menjadik trainer. Huh. Walaupon rasa lagik best kalo dapat wat projek kat Bintulu, tapi kerana arahan bos terpaksalah pasrah.. :( Maklumlah saya ni perkerja yang taat dan baik saya menurut segala perintah bos tanpa soal jawab walaupon ia membuatkan saya bertambah sibuk. Lagipon elaun trainer boleh tahan gak. Pasrah… Mata duitan…

Nk share, semalam saya pegi kat Summit nak layan Iron Man. Pastu ternampak sesuatu yang menarik. Popular kat Summit tengah wat jualan murah sampai 90%. Bayangkan, saya beli 4 bijik buku harganya RM8.20 sahaja. Kebanykkan orang lain shopping buku pakai bakul tuuuu. Rasa macam sikit sangat plak beli 4 bijik jek.

Berbalik pada tajuk entry. Kali ni nak bagi pendekatan yang berbeza dan mungkin jugak agak kontraversi dan mengundang bantahan2.

Adakah hukum alam ini mengikut logik.?

(Erk..tetiba rasa macam tak dek modal plak nk borak pasal tajuk ni. Rasanya aritu sembang sket punyer kaw kat kedai kopi)

Berfikir selama 15 minit……

Memang dah lupa la isi2 penting dia. Senang ceritanya, kadang2 kita tertanya2. Kenapa jadi camni, sepatutnya kalo dah buat semua ni.. patut jadik camni. Kenapa? Kenapaaa? Kenapaaaaaaa?

Cerita seorang kawan:

Masa time world cup dulu kawan aku buat ramalan. Masa tu kebanyakkan orang cakap Brazil team yang paling strong. Itali plak ada banyak masalah time tu, kes rasuah la macam2. Kata seorang kawan yang membuat kajian, sepanjang sejarah world cup, team yang bermasalah akan menang. Kalo di mintak buat ramalan, adakah kita akan buat berdasarkan history atau logic?

Cerita tamat..

Aritu saya telah mendapat satu fakta yang telah menafikan pemahaman saya sendiri. Sebelum nak bagitau fakta tu nk tanya dulu.

Kalo anak kembar. Yang kuar mula2 sekali dari rahim ibu tu adik ke abang?

Sebelum ni mati2 saya katakan yang kuar dulu tu la abang. Yang kuar lambat tu adik. Yela kan. Logik la..Sape yang kuar dulu dia abang. Logik beb. Logik. Tapi kata Ayah saya, yang kuar dulu tu adik. Bertapa ceteknya pengetahuan saya ni.

Rupa2nya hanya saya je yang tak tahu yang kuar dulu tu adalah adik. Rata2 orang kampung memang rujukannya yang kuar dulu tu adalah adik. Biasanya yang adik ni garang sikit orangnya (kata orang tua2 lah).

Kisah asal nya masa Nabi Yaakob nak kuar dari rahim ibunya dulu, adik kembarnya buat ugutan. Kalo ko kuar dulu, aku akan pecahkan perut ibu. Maka, Nabi Yaakob pon bagilah adiknya kuar dulu. Sebab itulah orang tua2 memegang petua kalo anak kembar, yang keluar dulu itu adalah adik.

Saya buat rujukan sket pasal adik kembar Nabi Yaa’kob ni. Nama dia ‘Aishu. Perangai dia memang jahat. Sampaikan ayahnya Nabi Ishak pon tak mampu nk buat apa2.

Abes crita pasal adik kembar. See.. Sometimes, to question the logic is a wise move. :-P

Lepas sidang kedai kopi dengan member tu, dia cerita lepas tu bila apa2 yang terjadi tak seperti dijangka kan dia akan teringat ayat2 saya…Life doesn’t follow logic.. dia akan rasa kurang tertekan. Hehe. Tak sangka borak2 kat kedai kopi pon kadang2 meberi kesan dalam hidup seseorang.

Dengan bahasa mudah..percayalah pada qadak dan qadar. Tapi ianya bukanlah alasan untuk tidak berusaha sesempurna mungkin.

-Fuad-



8 Responses to “Mana Logiknya”

  1. pakdi Says:

    kau suka betul pk cenggini. hehe…

  2. amokdemanis Says:

    :D entry x sempat baca lg. ni just nak jwb soklan ko kat my blog:
    “x sure gak tuh fuad. tp flight aku ke europe tu RM2716 return..stopover kat dubai. dubai ni mcm tgh2. kl-dubai dlm 7 jam. then ke europe pon dlm 7 jam. tp aku rasa caj kl-dubai lg mahal. so musti >RM1K. paling murah ikut qatar air. pape pon, bole cek kat websites nih:
    http://www.expedia.com
    http://www.mobissimo.com
    http://www.kayak.com
    http://travel.travelocity.com
    http://www.sidestep.com

  3. akirasuri Says:

    Huhu.. Nampaknya saya tak cukup bersungguh-sungguh lagi ni..

    Kwang kwang kwang..

    Wah! Dah makin kaya..
    Nak hadiah!!! *muka tatau malu betul*

    Tapi..
    Alamak!! Lupa.. Yang dijanji tak terpos2 lagi =))

    *larikkk!!!

  4. fiq Says:

    ayo bro. xajak aku layan ironman!

  5. ad3ck Says:

    ‘Kalo di mintak buat ramalan, adakah kita akan buat berdasarkan history atau logic?’

    ku akan kata logic sebab sejarah pong kadang2 tercita dari logic ehehe.

  6. catzer Says:

    ko mmg hantu buku :D

  7. titan Says:

    honestly. Aku pun ingat yg kuar dulu tuh abang..

  8. echah Says:

    btl ke or sekadar fakta???erm….(berfikir)

Leave a Comment