Baru Balik

Posted by Fuad on May 19th, 2008 filed in Saja2


map.gifBaru balik dari Labuan. Seminggu lebih lepak sana. Erk..lepak ke. Keje2. Saya ter’miss’ event2 penting, Kenduri kawen Pakdi. Sorry bro. Tak dapat nak hadir. Dan jugak takhziah atas kepulangan ibu yang tercinta. Semoga ruh arwah diberkati Allah tanpa henti sehingga hari ketentuan.

Takda benda yang menarik sangat seminggu di Labuan, biasaklah pegi keje bukan makan angin. Time2 kemaruk nk berenang, maklumlah jarang jumpa swimming pool. Cuma time malam2 tu ada la jugak aktiviti jalan2 carik makan. Siap ada satu kedai ni tak kasik datang. Masa member saya call nak buat tempahan dia siap cakap, “Ketam sudah habis bah. Tiada sudah”. Tup2 terpaksa esoknya pegi kedai tu semata2 nk booking utk malam yang berikutnya. Femes betol kedai tuh. Namanya Anjong Ketam, tapi dah silap musim, musim sekarang ketam kecik. Tak berbaloi sangatlah layan ketam time ribut2 nih.

Seminggu ni.. berjaya abes kan buku Increase Your Financial IQ by Robert Kiyosaki ngan buku Susu Kambing oleh Dwi Susanto, Budiana dan Mohd Faizal (time nunggu belon sampai). Dan berjaya naikkan watak dalam World of Warcraft ke level 40. Hahak. Itupon hasil desakan seorang player dari US. Dia online jek musti whisper “Dude.. What are doing.? What happen to ur level?” Ampeh sungguh. Terasa pressure plak nak naikkan level. Pasni nk tukar watak pulak la. Nk main paladin lak. Sape nk team ngan aku? :-P

Oh dan semalam saya menghabiskan masa dengan buku Kawin-kawin karya Azizi Abdullah. Terkekek-kekek baca buku tu. Memang tak leh tahan. Gelakk je memanjang. Adeiii..musti adik saya pelik apekehal abang aku ni, baca novel macam baca majalah lawak. Tapi memang lawak tak ingat. Jauh bebenor beza dengan buku Imam. Dua2 buku tu hasil hadiah seseorang yang sama. Mekasih pada seseorang itu. Cuma hajat dihati nk tengok seseorang yang lain tak tercapai jek semalam. Huhu.

Yang menarik saya terpikir tentang kehidupan watak utama novel tu, Malang namanya. Jeles betul sebab dia boleh buat apa yang dia suka. 24 jam masa sehari2 itu adalah milik dia. Dia nk pegi kuliah setiap waktu solat ke. Nak abeskan masa salin kitab Al-Quran ke. Dia boleh buat dengan tenang. Saya agak dalam cerita tu memang rata-rata wataknya mempunyai gaya hidup yang best iaitu tak perlu kerja sangat. Masalah duit takdek. Kebanyakkan dah mencapai financial freedom.

Pasal financial freedom nih, saya nk share idea2 part time job yang agak menarik. Tapi next entry la kot. Nak sambung kemas barang nk pindah rumah nih.

Salam..



9 Responses to “Baru Balik”

  1. akirasuri Says:

    Hey! Gelak tutup mulut tak fuad?
    Hahak!

  2. Pusit Says:

    Oooo..tok royatt sepatoh bari Saboh, aku ada di Labuan time tu bah..bawok delegasi budok² gi melawat MPP UMS Labuan..(menatam apo delegasi tu..)

  3. kasturijingga Says:

    assalamualaikum…
    mmm, besh gak bc blog owg nih smntara bos xde..
    ehiks..
    rjin2 kan diri mngemas umh baru…
    pastu jgn lupa wat knduri seafood eh…

  4. ad3ck Says:

    terus terang ku ckp ku jeles kat ko sbb byk membace. ;p.

  5. catzer Says:

    Aduh byk ebook,buku,majalah yg perlu dibaca..tp tak berkesempatan..byk benda perlu diselesaikan..sape mau tolong

  6. KNizam Says:

    saya tak pernah pun pergi ke labuan. hehe :)

  7. azrn Says:

    coklat bang!? :P

  8. Hafiz Abd Mutalib Says:

    aku dok labuan tahun 1989-1993..banyak berubah dah le nie.

  9. kasturijingga Says:

    assalamualaikum owg d sinun…
    moga dibawah lindunganNYA slalu…
    sy da bc buku kawin-kawin yg awk syorkan (sec xlangsung eh)..
    sampi chap 4 je trus “the end”
    xgelak pun….
    hemmmmm

Leave a Comment