Gerak Gempur Pasar Malam

Posted by Fuad on June 2nd, 2008 filed in Buku Kewangan, Saja2, Ulasan Buku


treadmillnytime.jpgMood = Tertekan. Punca = Stok lama tak terjual. Sejak balik labuan haritu saya terus kena pegi Melaka. Ntah sampai bila x tahu. Mungkin 2 minggu lagi. Natijahnya, dah beberapa minggu perniagaan Little Trees tak berjalan. Adeii.. Azam saya abes je outstation kali ni nak buat gerak gempur penghabisan stok. Target market ialah Pasar Malam. Maka saya dengan ini menyeru para sahabat yang tinggal di sekitar Selangor atau lebih spesifiknya Shah Alam dapat membantu saya menyediakan maklumat tentang Pasar Malam yang best dekat tempat korang. Hadiahnya*(rujuk nota kaki untuk terma dan syarat) ialah sekeping little tree yang anda sukai. :-P

Latest buku yang saya dok godek2 semenjak dua menjak ni ialah Weekend Millionaire Mindset karya Mike Summey & Roger Dawson ngan Train Your Brain karya Dr. Ryuta Kawashima. Yang menarik pasal buku Train Your Brain ni ialah kajian penulisnya menunjukkan senaman paling best utk otak ialah membuat latihan matematik yang mudah dengan cepat. Dan keduanya ialah membaca dengan suara yang kuat. Haha. Itu yang lawak tu. Sejak dua menjak ni saya jadik macam budak tadika belajar bahasa Inggeris. Baca buku kuat2 macam belajar mengeja. Kene sediakan air mineral satu botol besar. Mau taknya, kering tekak wa cakap lu..

weekendmillionairemindset.jpgtrain.jpg

Sedihnya time nak datang site aritu tertinggal plak buku tu. Dalam buku tu disediakan aktiviti selama 60 hari untuk menambahkan kecerdasan otak samaada dari segi kuatkan ingatan, kreativiti, mahupon kecekapan berfikir.

Buku Weekend Millionaires Mindset adalah buku yang terbaik penah saya baca mendefinasikan pasal financial freedom. Serius. Memang tak tipu. Even penulis yang saya minati Robert Kiyosaki pon tak definasikan financial freedom se’best’ penulis buku ni. Saya amat rekemen buku ni, bak kata orang kelantan ‘berani tepek jari’. Mungkin sebab utama fokusnya ialah mencapai financial freedom melalui part time. Well.. you got to read it in order to judge it. Mark my word.. the insight is soooooo much valuable.

*Terma dan Syarat Kempen Gerak Gempur Pasar Malam

Sebaik sahaja penjualan pertama little tree di tempat yang dicadangkan berjaya, pencadang dengan automatiknya layak untuk mendapatkan hadiah. Hadiah tersebut mestilah diambil dari pihak menganjur dari tapak pasar malam yang dicadangkan. Panghataran melalui pos tidak akan dilayan. Pengambilan melalui wakil juga tidak dilayan….. kecuali wakil tu cun ;-)

-Fuad-



10 Responses to “Gerak Gempur Pasar Malam”

  1. Fuad Says:

    Sori kengkawan tak sempat nk menjenguk blog korang. Ni pon curik2 tenet kat hotel yang tak didiami. Hehe. Entry pon cut and paste. Apapon..harap dapat tulun untuk Pasar Malam tu ye. Mekasihh banyak2.

  2. akirasuri Says:

    Huhu..
    Nak pinjam!!! :D

  3. ad3ck Says:

    eh ko kat pasar malam shah alam kat mana? s15 eh?

  4. Letting Says:

    Saya pun dulu masa student peminat game.. Game kegemaran ialah DUNE, tapi tak tahu la sekarang ade lagi ke game tu… Dulu pun saya suka baca buku-buku motivasi nie.. Saip pergi ceramah lagi… Brian Tracy la, Robert G Allen la dan lain-lain lagi…

    Tetapi sampai satu tahap, saya rasa buku-buku nie cuma guide aje.. the most important think is yourself… your motivation, your inspiration and your commitment..

    Sekarang nie, memang saya dah macam semi retire.. kebanyakan kerja dari rumah…

  5. azrn Says:

    kenapa kena baca buku kuat-kuat eh? apa rasionalnya disitu?

    huhuhuhu~

  6. omar Says:

    salam fuad…little trees kat penang bole dpt kat mana? dah lama keretaku x berbau wangi…..

  7. catzer Says:

    Dulu masa tinggal kat seksyen 7, erm pasar mlm situ ramai kalau ada student uitm jerk..skang ni diaorg cuti lagi..Kat seksyen 19 plak skang boleh gak cuba-cuba jual..Tp biasanya pasar mlm ni bukan tempat org cari mknn spt aku ni jerk :D Tp apapun boleh cuba..

  8. Fuad Says:

    Akirasuri: Nak pinjam yang mana satu?

    Ad3ck: Aku berniaga kat Stadium Shah Alam. Baru tgh nk carik tapak Pasar Malam. Ko ada suggestion x?

    Letting: Yup setuju. Buku adalah guide. Kalo tak praktikkan tak guna gak. Btol x?

    Azrn: Ntah la. Tapi ikut kajiannya camtulah. Derang monitor keaktifanfan otak dan terbukti time baca kuat2 tu aktif. Pakai byk pancaindera kot.

    Omar: Alamak.. Tak tau la bang. Kat Pasaraya ada kalo x silap. Tapi x pasti la plak mana satu. Berminat nk jual kat Penang dak? ;-)

    Catzer: Ok gak tu. Nnti aku usha. Mekasih catz.

  9. bayan Says:

    Saya mencari mamat yang menjual little tree kat pasar malam Damansara Damai. Saya sangkakan itu fuad. Tapi bukan. Saya ada membeli dua little tree dengan mamat tu. Morning fresh dan forest yang sehingga hari ini masih wangi [dah dekat sebulan pakai]. Wangi kerana mamat yang menjual tu memberi tip-tip yang baik untuk menjimatkan penggunaan little tree. Servis yang baik untuk pelanggan/pembeli yang cerewet seperti saya.

    Sehingga sekarang tak tahu mana nak cari little tree…

  10. akou Says:

    abang tak jual online ke produk little trees nie?..

    sakit dah jari jemariku mencari little trees nie di online.

Leave a Comment