Pasal Pelaburan

Posted by Fuad on June 23rd, 2008 filed in Saja2


Salam pertemuan,

Hehe.. long time no see to my blog. Dah sebulan lebih kat Melaka ni. Apakata crita pasal investment saya lah untuk entry kali ni. Kalo ada apa2 suggestion nk perbaikkan investment saya ni, amat2 lah dialu-alukan. Jom..

Servis Apartment

Kita mulakan dengan worst investment duluk. Servis Apartment kat Mantin, Namanya Sri Jasmin. Alhamdulillah sekrang dah kurang sket dia punya kesengsaraan. Kalo dulu, bulan2 dah la kena bayar sampai RM950 pastu campur lagi service charge tiap2 bulan campur lagi cukai pintu 2 tahun sekali. Pulangan = RM0. Memang cashflow negatif tak ingat. Walaupon masa beli tu zero downpayment, dah 3 tahun lebih negative cashflow memang keputusan pelaburan yang silap.

Alhamdulliah aritu ada gak company yang sewa rumah tu untuk pekerja2 derang dari Indon. Dapat jugak RM400 sebulan. Walaupon still byk lagi negatif cashflow at least kurang sket. Pada sapa2 yang senasib dengan saya aritu, apakata korang pegi jeguk2 rumah korang kat situ sekrang. Masa saya pegi tgk rumah aritu, abes paip besi kena curik kat dalam rumah. Meter air kat luar rumah konfemla lesap sekali. Abes lagi RM nak repair rumah tu. Apapon still consider improvement utk pelaburan ni.

ASB

Yang ni takda komen sangat la. Semua orang tau kot.

Bank Persatuan

Yang ni dah lama dah saya usha. Masa saya dok kerja kat Penang lagi dah tergerak nk invest. Track record dia memang meberangsangkan la jugak. Tahun lepas dengarnya mencecah sampai 17%. Harap2 tahun ni makin canteek la. Insya Allah. :-)

Bagi orang yang banyak duit, pelaburan maksimum ialah RM15000 sahaja untuk seorang.

Rujukan: http://www.bankpstn.com.my/

Emas

Ini yang latest dan paling best. Sebenarnya sebelum ni saya dok usha satu peluang offer by Country Height Grower Scheme. Syok gak la dia punya return tu, 8% guarantee sementara pokok kelapa sawit tu besar. Dah keluar hasil nnti boleh mencecah sehingga 17% setahun. Pastu bila maturity dah smpi (selepas 20 tahun) akan dibayar harga tanah masa tu (dapat untung atas appreciation harga tanah).

Rujukan : http://www.chgs.com.my/

Tapi masalah besar nya liquidity. Maklumlah nk invest duit simpanan untuk kawin ni kena senang nk cairkan. ;-) Masa dok baca buku Increase Your Financial IQ dulu Robert dok crita yang hobi dia sekrang dok main Gold ETF. Itu yang saya sambil2 buat study pasal pelaburan dalam emas.

Tup2 saya jumpa pelaburan dalam emas yang memang best, Bukan saja return of investment dia melebihi 30% setahun, potensi untuk emas appreciate in value tinggi, liquidity dia within 6 bulan dan unlimited amout of investment (buat masa ni) dan harga emas tgh drop skit sekarang.
Saya tengah dok berusaha nk keluarkan duit KWSP konon2 nk bayar rumah, tapi sebenarnya nk beli emas lagi. Hehe.

Kalo skim ni berpanjangan, dengan adanya 1kg emas saya dah mencapai financial freedom. :-D

Buat mereka yang berminat boleh download laporan yang saya tulih cincai2 ni:

http://emas.almaribuku.com/LaporanPelaburanEmas.pdf

Atau ke:

http://emas.almaribuku.com

Abes pasal investment (mostly yang conservative), kalo nk bagi cadangan atau come across peluang pelaburan yang best2 lagi, amat2 lah dialu-alukan dikhabarkan.

Pasal business, tgh outstation lagik. :-( Harap dapat start gerak gempur pasal malam next 2 weeks. Silalah singgah nanti ya…

Pasal paper asset plak, dah lama saya tak main saham. Pada pengunjung blog saya yang main saham tu mintak maap la banyak2. Memang dah tak terupdate. Forex pon main saja2 jek. Nak belajar. Syok main pair GPBJPY sekarang ni. Salah satu blog yang akan saya tengok dulu sebelum buat order, http://jebatfx.blogspot.com/ Thanks bro Jebat.

Pasal buku, yang paling latest saya habiskan dua buku pasal real estate

  1. Bagaimana Memperolehi RM30 000 Dalam Masa 30 Hari Melalui Hartanah Lelong karangan Ahmad Tarmizi Jusoh.
  2. Juara Lelongan Hartanah karangan Azizi Ali.

bagaimana-rm30k-dalam-30-hari.jpg juaralelongan.jpg

Ni sejak ada orang sewa rumah pastu syok dok dengan urusan repair rumah ni, timbul balik minat nk belajar pasal rumah lelong ni. Hehe. Pssst.. Saya ada tanya kat Mantin tu, dah ada apartment di lelong dgn harga reserve RM89,000.00. Harga saya beli apartment tu dgn developer RM149,000.00.

Sekarang tgh abeskan buku The Enlightened Entrepreneur karya Grace Bulger. Nnti ah kita borak pasal buku dalm entry lain.

Oret..dah berjela dah. Inilah sysmtom biasa ble lama tak tulih blog. See you around pren… Salam.

-Fuad-



11 Responses to “Pasal Pelaburan”

  1. azrn Says:

    hoh! bakal jutawan berbicara :P

  2. Maizul Says:

    Macam menarik je tentang emas ni. aku tak ingat di mana aku ada terbaca mengenai emas yang dijual seketul macam dalam gambar tu lebih kurang yang ko cerita ni la Fuad. Kalau nak kene keluarkan KWSP tentu modal minima untuk main puluh ribu jugak ni.

  3. ad3ck Says:

    fuad thanx for sharing. sebab sebelom neh ku tau asb je ehehehe.

  4. akirasuri Says:

    Hahak!
    Tak perlu saya bagi dah dapat dah.. :D
    Sori la bz sket skrg ni :D

  5. BuDdyHoLy Says:

    Salam.. ni antara analisis aku pasal Etika Emas.

    Apa yg aku paham dalam urusan ni:

    1. Etika emas beri 2 tawaran kepada sesiapa yg beli emas dengan diorang, iaitu:

    a) Setiap 100g emas terbeli, Etika emas akan tambah 2 kali ganda untuk digadaikan.
    b) Etika emas beri komitmen RM300 setiap bulan selama 6 bulan utk 300g emas yg digadaikan
    melalui kontrak antara pelabur dengan Etika Emas selama 6 bulan.
    (ini selaras dengan kontrak antara Pelabur dgn Bank Rakyat - Ar Rahnu)

    2. Emas2 yg terurus niaga di Etika Emas ini (emas di beli, iaitu 100g dan emas tambahan
    yg ditawarkan iaitu 200g) akan di gadaikan ke bank rakyat dengan NAMA PELABUR.

    3. Bank Rakyat akan menilai emas2 tersebut, dan akan melaksanakan proses tukaran antara emas
    dan Ringgit Malaysia, berdasarkan penilaian harga emas yg dibuat sebelum ini.

    4. Setelah proses gadaian berlaku, dan berjaya menukarkan nilai emas tersebut kepada
    ringgit malaysia, wang2 tersebut yg sebelum ini digadai atas nama pelabur tidak
    dimiliki oleh pelabur, sebaliknya Etika Emas yg memiliki wang tersebut.
    Wang tersebut digunakan utk urusan perniagaan Etika Emas.

    5. Dengan memberi tawaran bijak 2 kali ganda emas kepada pembeli
    yg membeli emas dengan mereka, Etika Emas mampu mengaut keuntungan dalam tambahan
    modal mereka sebanyak 100g emas daripada pembeli mereka. Etika emas boleh saja
    terus menggadaikan 200g emas tersebut ke Bank Rakyat tanpa mencari pelabur.
    Walaubagaimanapun, dengan adanya pelabur yg membeli emas dengan mereka, mereka
    dapat meningkatkan aliran modal disebabkan kesemua nilai gadaian dengan Bank rakyat
    diperolehi oleh mereka, bukan oleh pelabur.

    6. Pelabur tidak dapat menikmati nilai 300g emas tersebut, walaupun ia digadaikan
    sepenuhnya atas nama pelabur. Sebagai balasan, Etika Emas memberi Rm300 atas 100g
    emas yg pelabur bayar.

    7. Selepas tamat tempoh perjanjian gadaian, iaitu 6 bulan, bank akan meminta semula
    duit mereka yg ditukarkan dengan emas sebelum ini. Terdapat 2 kemungkinan dalam
    urusan ini, iaitu memperbaharui perjanjian, dan menamatkan perjanjian. Berikut ialah
    analisis sekiranya kita menamatkan perjanjian

    8. Kita akan menebus semula emas yg kita cagarkan. Perlu diberi perhatian: emas2 yg terurus
    niaga yg di gadaikan kepada bank adalah atas nama kita. Emas2 yg terurus niaga ini
    termasuklah 200g emas tambahan yg ditawarkan kepada kepada kita oleh Etika Emas.

    9. Secara teorinya: Kita terpaksa membayar kepada bank atas gadaian emas yg kita buat
    supaya kita dapat menebus semula emas kita. Dalam kes ini, KITA ANDAIKAN Etika Emas
    yg akan menebus emas kita dengan bank, utk mendapatkan emas tersebut. Ini bermakna, Etika
    Emas akan membayar kepada bank sejumlah wang utk selesaikan proses gadaian, dan bank
    akan memberikan emas yg kita gadaikan dulu kepada Etika Emas.Kemudian, Etika Emas
    akan membuat tawaran kepada kita sama kita ada mahu menjual emas atau menyambung kontrak.

    10. Sekiranya kita mahu tamatkan kontrak, etika emas harus membeli emas kita, dan membayar
    kita nilai emas tersebut mengikut harga semasa setelah ditolak 2% caj brokerage.

    11. Persoalannya disini: Sekiranya Pengoperasian Etika Emas mengalami kemerosotan dan
    tidak mampu meneruskan perniagaan, apakah risiko terhadap kita sebagai pelabur?

    12. Risiko: Kita terpaksa membayar nilai utk 300g emas utk menebus emas yg kita gadai dengan
    bank, walhal, kita hanya membeli 100g emas. Ini kerana proses gadaian
    ke bank rakyat dibuat dengan NAMA PELABUR. Seperkara lagi, kita tidak menikmati
    pun nilai 300g emas tersebut. Kita hanya di beri RM300 utk setiap gram setiap
    bulan selama 6 bulan.

    13. Apa yg kita perlu renungkan, sejauh manakah kita yakin atas kemampuan Etika Emas
    dalam menguruskan perniagaannya…

  6. BuDdyHoLy Says:

    Sekiranya Etika Emas cabut lari, Etika Emas tak rugi apa2, kerana 200g emasnya sudah pun dicagarkan ke bank (atas nama pelabur) dan Etika Emas sudah pun mendapat balik duit mereka,ditambah lagi dengan duit 100g emas yg digadai atas nama pelabur. Pelabur itulah yg sebenarnya rugi kerana menanggung hutang ke atas nilai gadaian yg tinggi (lebih daripada nilai wang yg digunakan utk membeli emas dgn Etika Emas)

    rujuk:
    http://mungkinscam.blogspot.com/2008/06/etika-jahat-emas-estet-sdn-bhd-tipah.html

  7. BudDyHoLy_fx Says:

    Apa yg aku paham dalam urusan ni - berdasarkan pelan ke 2 Etika Emas:

    1. Etika Emas beri 2 tawaran kepada sesiapa yg beli emas dengan diorang, iaitu:

    a) Setiap 100g emas terbeli, Etika emas akan tambah 2 kali ganda untuk digadaikan.
    b) Etika emas beri komitmen RM300 setiap bulan selama 6 bulan utk 300g emas yg digadaikan melalui kontrak antara pelabur dengan Etika Emas selama 6 bulan.(ini selaras dengan kontrak antara Pelabur dgn Bank Rakyat - Ar Rahnu)

    2. Emas2 yg terurus niaga di Etika Emas ini (emas di beli, iaitu 100g dan emas tambahan
    yg ditawarkan iaitu 200g) akan di gadaikan ke bank rakyat dengan NAMA PELABUR.

    3. Bank Rakyat akan menilai emas2 tersebut, dan akan melaksanakan proses tukaran antara emas dan Ringgit Malaysia, berdasarkan penilaian harga emas yg dibuat sebelum ini.

    4. Setelah proses gadaian berlaku, dan berjaya menukarkan nilai emas tersebut kepada ringgit malaysia, wang2 tersebut yg sebelum ini digadai atas nama pelabur tidak dimiliki oleh pelabur, sebaliknya Etika Emas yg memiliki wang tersebut. Wang tersebut digunakan utk urusan perniagaan Etika Emas.

    5. Dengan memberi tawaran bijak 2 kali ganda emas kepada pembeli yg membeli emas dengan mereka, Etika Emas mampu mengaut keuntungan dalam tambahan modal mereka sebanyak 100g emas daripada pembeli mereka. Etika emas boleh saja terus menggadaikan 200g emas tersebut ke Bank Rakyat tanpa mencari pelabur. Walaubagaimanapun, dengan adanya pelabur yg membeli emas dengan mereka, mereka dapat meningkatkan aliran modal disebabkan KESEMUA nilai gadaian dengan Bank rakyat diperolehi oleh mereka, bukan oleh pelabur.

    6. Pelabur tidak dapat menikmati nilai 300g emas tersebut, walaupun ia digadaikan sepenuhnya atas nama pelabur. Sebagai balasan, Etika Emas memberi Rm300 atas 100g emas yg pelabur bayar.

    7. Selepas tamat tempoh perjanjian gadaian, iaitu 6 bulan, bank akan meminta semula duit mereka yg ditukarkan dengan emas sebelum ini. Terdapat 2 kemungkinan dalam urusan ini, iaitu memperbaharui perjanjian, dan menamatkan perjanjian. Berikut ialah analisis sekiranya kita menamatkan perjanjian

    8. Kita akan menebus semula emas yg kita cagarkan. Perlu diberi perhatian: emas2 yg terurus niaga yg di gadaikan kepada bank adalah atas nama kita. Emas2 yg terurus niaga ini termasuklah 200g emas tambahan yg ditawarkan kepada kepada kita oleh Etika Emas.

    9. Secara teorinya: Kita terpaksa membayar kepada bank atas gadaian emas yg kita buat supaya kita dapat menebus semula emas kita. Dalam kes ini, KITA ANDAIKAN Etika Emas akan bersama2 dgn kita ke bank utk menebus emas kita.
    Ini bermakna, Etika Emas akan membayar kepada bank sejumlah wang utk selesaikan proses gadaian, dan bank akan memberikan emas yg kita gadaikan dulu kepada Etika Emas. Kemudian, Etika Emas akan membuat tawaran kepada kita sama kita ada mahu menjual emas atau menyambung kontrak.

    10. Sekiranya kita mahu tamatkan kontrak, etika emas harus membeli emas kita, dan membayar kita nilai emas tersebut mengikut harga semasa setelah ditolak 2% caj brokerage.

    11. Persoalannya disini: Sekiranya Pengoperasian Etika Emas mengalami kemerosotan dan tidak mampu meneruskan perniagaan, apakah risiko terhadap kita sebagai pelabur?

    12. Risiko: Kita terpaksa membayar nilai utk 300g emas utk menebus emas yg kita gadai dengan bank, walhal, kita hanya membeli 100g emas. Ini kerana proses gadaian ke bank rakyat dibuat dengan NAMA PELABUR. Seperkara lagi, kita tidak menikmati pun nilai 300g emas tersebut. Kita hanya di beri RM300 utk setiap 100 gram setiap bulan selama 6 bulan.

    13. Sekiranya Etika Emas cabut lari, Etika Emas tak rugi apa2, kerana 200g emasnya sudah pun dicagarkan ke bank (atas nama pelabur) dan Etika Emas sudah pun mendapat balik duit mereka,ditambah lagi dengan duit 100g emas yg digadai atas nama pelabur. Pelabur itulah yg sebenarnya rugi kerana menanggung hutang ke atas nilai gadaian yg tinggi (lebih daripada nilai wang yg digunakan utk membeli emas dgn Etika Emas).

    14. Kesimpulan: Pada pendapat saya, dengan mengikuti plan ke 2 Etika Emas ini, pelabur sebenarnya merelakan nama mereka dipergunakan oleh Etika Emas utk mencagarkan emas Etika Emas kepada bank. Dgn kata lain: Etika Emas menggunakan nama org lain utk mendapatkan duit hasil gadaian emasnya kepada pihak bank.

    15. Di sini, bolehlah diturunkan modus operandi Etika Emas: Mencari pelabur baru utk membeli emas daripada mereka sebanyak 100g, dan menggunakan duit pusingan yg dijana daripada pelabur terdahulu utk membeli emas 200g, kemudian gadaikan emas 100gram pelabur baru bersama2 emas 200g ke bank rakyat dengan skim ar rahnu. Proses pembelian emas 200g menggunakan duit pusingan ini tidaklah mengambil masa yg panjang. Ia seperti meminjamkan sementara duit utk membeli emas 200g. Ini kerana, duit emas 200g itu akan diperolehi semula apabila selesai proses gadaian dgn bank bagi urusan dgn pelabur baru (sebab itu ia dikatakan duit pusingan). Dengan ini, Etika emas memiliki semula duit 200g emas tersebut, dan ditambah dgn duit keuntungan 100g emas daripada pelabur baru. Kesemua proses ini menggunakan nama pelabur dalam kontrak gadaian dgn bank.

    15. Apa yg kita perlu renungkan, sejauh manakah kita yakin atas kemampuan Etika Emas dalam menguruskan perniagaannya…

    rujuk:
    http://mungkinscam.blogspot.com/2008/06/etika-jahat-emas-estet-sdn-bhd-tipah.html

  8. Rizal Says:

    Sy pun tgh usha2 tgk pelaburan emas ni.mmg menarik. sy lebih tertarik dgn emas kijang yg Bank Negara keluar sbb kt dpt simpan sndiri emas tu.bila harga naik bleh la jual sndiri agak2 sesak gadaikan je.hehehe…
    skrg ni pun tgh study market price dunia ttg emas ni.mcm menarik flow dia.rasanya kalu dlm 2 bulan lg kalu flow dia ok baru join la kot.hehehe….
    (kena research dulu baru bleh invest ni.hehehe….)

  9. Cikgu Sekolah Says:

    Buat yg terbaik utk masa hadapan. Peluang dh ada di depan mata cuma mahu atau tidak. Sy dh beli n dh rasa hibah stp bulan yg dijanjikan oleh skyt etika emas… so far takder masalah. TQ

  10. cikgusekolah Says:

    Sebarang pertanyaan boleh emel ke abdulhalimalwi@yahoo.com atau berjumpa dgn sy terus di pejabat etika emas… tq

  11. Cekgu & Cekgi Says:

    Kalau nak tau lebih lanjut blh dtg ke ofis etika emas atau emel ke abdulhalimalwi@yahoo.com

Leave a Comment